Tuesday, 30 June 2020

point + artikel online !


1) FATWA MUFTI PAHANG TTG WAHABI


2) BUKU PDF - BOLEH DOWNLOAD UTK RUJUKAN

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ *DOWNLOAD DAN SEBARLUASKAN!*
Buku yang ada di tangan pembaca ini, dihimpun di dalamnya dalil-dalil dari al-Qur’an, Hadits, dan Ijmรข’ umat Islam, serta pernyataan ulama terkemuka dari empat madzhab dalam menetapkan Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah. Di tulis dalam beberapa bab. Semoga buku ini ikut memberikan kontribusi dalam menjaga kelestarian aqidah Tauhid Ahlussunnah Wal Jama’ah. Segala kebaikan di dalamnya semoga menjadi pahala bagi penyusun dan pembacanya. Amin.
_Khรขdim al-‘Ilm Wa al-’Ulamรข_
*Kholil Abu Fateh*
Al-Asy’ari asy-Syรขfi’i ar-Rifรข’i al-Qรขdiri
______________
*Tersedia dalam buku cetak, whatsapp >>>* wa.me/6287878023938


3) NASIHAT AGAR JAGA HATI DALAM DAKWAH PADA WAHABI


"Jangan kamu bergelut melawan babi didalam lumpur, tubuhmu akan kotor sedangkan babi akan menikmati permainan itu. karena berlumuran dengan kekotoran merupakan gaya hidupnya."
Inilah perumpamaan agar kamu berhati-hati melayani perdebatan dengan orang yang berkelakuan bodoh dan dungu. Karena kamu lebih mulia dari apa yang mereka kerjakan.
Jika kamu terseret didalam dendam sebab melayani perdebatan itu, maka nilai dan martabatmu akan berkurang. Sementara orang bodoh dan dungu itu akan terus menikmati kebodohan dan kedunguanya .
Alangkah banyak orang seperti itu dalam kehidupan dunia ini



4) KISAH MIMPI RASULULLAH TIAP HARI BERAMAL SELAWAT 15 RIBU KALI SEHARI


 Diriku telah mendengar sebuah kisah yang telah disampaikan oleh seorang ulama' Syria padaku.
Ulama' itu menceritakan kepadaku.
“Seorang wanita telah datang kepadaku sambil menangis tanpa henti. Aku ingatkan mereka telah menyakitinya atau membunuh bapa dan anak-anaknya.
Sehinggalah dia berhenti menangis, dan aku pun bertanya,
“Kenapa kamu menangis?”
Kemudian wanita itu menjawab,
“Sudah 3 hari berlalu tanpa aku melihat Rasulullah.”
Jadi aku pun bertanya lagi,
“Ini sebabnya kamu menangis?”
Wanita itu berkata,
“Ya, sudah 3 malam diriku tidak berjumpa Rasulullah.”
Aku pun bertanya lagi,
“Jadi sebelum ini setiap malam kamu berjumpa Rasulullah?”
Wanita itu menjawab,
“Ya, setiap malam aku berjumpa Rasulullah. Tapi ketika ini sudah 3 malam berlalu, aku tidak tahu bala apa yang menimpaku atau dosa apa yang telah aku lakukan. Aku bertaubat, aku menangis kerana hal ini.”
Aku bertanya lagi,
“Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?”
Wanita itu menjawab,
“15,000 kali.”
Wanita itu sudah biasa berselawat sehari 15,000 kali, kerana itu dia diizinkan oleh Allah untuk melihat Rasulullah setiap malam.
Habib Umar bin Hafidz ~
๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๏ทป ๐—ถ๐˜‡๐—ถ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๏ทบ.


5) ARTIKEL UTK PESAKIT KANSER , PETUA RAWATAN

Tak lama lagi mungkin jering naik harga, skrg RM30/kg
Ubat Kanser yang Beribu Kali Lebih Kuat dari Kemoterapi..
ANDA SUKA MAKAN JERING?
(saya share supaya lebih ramai sahabat yg hidup sihat walafiat)
• Ternyata JERING merupakan buah ajaib untuk membunuh sel KANSER & beribu kali lebih kuat dari Kemoterapi.
• Spt diketahui, pohon jering dikenali sbg varietas jering.
• Kita boleh menfaatkan buah Jering dgn cara memakannya langsung sebagai ulam, dibuat jus, minuman sorbets, kueh, emping jering dll.
• Hal ini menghasilkan banyak kebaikan, tetapi yang paling menarik adalah kesan yang dihasilkan pada kanser dan tumor.
• Buah ini adalah ubat yang terbukti melawan SEMUA JENIS KANSER.
• Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman, terbukti dari baunya yg adikuat. Efektif terhadap parasit dalaman dan cacing, dpt mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi & berguna sebagai anti stress, memerangi stres dan perasaan gugup.
• Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produkdsi ubat terbesar dรฎ dunia yg mengatakan bahawa setelah lebih dari 20 ujian laboratorium yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahwa :
Jering boleh MENGHANCURKAN SEL² GANAS dรฎ 12 jenis kanser, termasuk usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.
• Kekuatan buah ini menunjukkan 10,000 kali lebih baik dari produk adriamycin, obat kemoterapi, biasanya digunakan dรฎ dunia, memperlambat pertumbuhan sel kanser.
• Dan bahkan yg lebih memeranjatkan jenis terapi dengan ekstrak Jering hanya menghancurkan sel² kanser ganas & tidak mempengaruhi sel² sihat.
*Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.*
*Sebarkan berita baik ini,* *demi kesihatan kita semua.*
*Bersyukurlah bagi yg dapat memakannya...*



6) ARWAH TGNA MESRA DGN ULAMA' YAMAN



7) FATWA NEGERI TTG SALAFI WAHABI



8) KATA2 SAYYIDINA ALI TTG KENAPA ARASY DICIPTA


9) PENTING ADAB

Pentingnya Adab dan AkhlaK❤️
Al Habib Umar bin Hafidz berkata : "Orang yang tinggi adab walaupun kekurangan ilmu lebih mulia dari orang yang banyak ilmu tetapi tidak memiliki adab"
Imam Syafi'i pula berkata tentang adab dan akhlak : "jadikanlah ilmu itu adalah garam, sedangkan adab dan akhlak seperti tepung. Dalam ertian orang memasak pasti mereka lebih banyak akan tepungnya bukan garamnya."

10) KELEBIHAN SELAWAT

۞ ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ۞
“Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah SAYYIDINA RASULULLAH ๏ทบ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ๏ทบ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh ALLAH untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada BAGINDA ๏ทบ.”
[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

11) HURAIAN AKIDAH DARI IBN HAJAR ASQALANI

Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari:
"ูَู…ُุนْุชَู…َุฏُ ุณَู„َูُ ุงู„ุฃَุฆِู…َّุฉِ ูˆَ ุนُู„َู…َุงุกُ ุงู„ุณُّู†َّุฉِ ู…ِู†َ ุงู„ْู€ุฎَู„َูِ ุฃَู†َّ ุงู„ู„ู‡َ ู…ُู†َุฒَّู‡ٌ ุนَู†ِ ุงู„ْู€ุญَุฑَูƒَุฉِ ูˆَุงู„ุชَّุญَูˆُّู„ِ ูˆَุงู„ْู€ุญُู„ُูˆْู„ِ، ู„َูŠْุณَ ูƒَู…ِุซْู„ِู‡ِ ุดَูŠْุกٌ".
Maksudnya: "Muktamad sebagai pegangan salaf dari kalangan Ahlul-Sunnah dan juga khalaf bahawasanya ALLAH TA'ALA TIDAK BERGERAK-GERAK, TIDAK BERUBAH-UBAH dan TIDAK BERTEMPAT, tiada yang serupa dengan-Nya". (Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, juzuk 7)


12) LUPA BAIK KITA BUAT , INGAT DOSA




13) Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi*


Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.
Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah.
Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:
“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ini”.
Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.
Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi
Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah, muka surat 276:
“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh.”
Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah, muka surat 42:
“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik.”
Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram, muka surat 297 – 298, cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.
Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid muka surat 353 cetakan Maktabah Dar al-Salam Riyadh.
Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam, muka surat 32, cetakan Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.
Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya:
“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”
Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa dengan kenyataannya:
“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”
Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis, juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy) antaranya:
1. Membawa konsep bid‘ah yang bercanggah dengan jumhur ulama.
2. Mempromosi bid‘ah dalam usul (aqidah) dan furu‘.
*Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:*
1. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah, Tawhid Rububiyyah dan Tawhid Asma’ Wa Sifat, penyelewengan mereka dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.
2. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.
3. Menolak pengajian sifat dua puluh (20).
4. Menghukum syirik amalan tawassul, tabarruk, ziarah kubur dan istighathah.
5. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahl Sunnah Wal Jama‘ah, Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok Wahhabi.
6. Mengelirukan pengertian ta’wil, ta‘til dan tafwid.
7. Mendakwa dari golongan Salaf.
8. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.
*Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:*
1. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
2. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
3. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
4. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
5. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
6. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
7. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
8. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‘ah yang haram.
9. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
10. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan perayaan Kristian.
11. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
12. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang muktabar.

14) JAWAPAN BILA WAHABI KATA KALAU BOLEH MENDENGAR KENAPA X LEH BERTEMPAT

"MAHA SUCI ALLAH DARI BERTEMPAT DAN BERANGGOTA"
SOALAN:
Assalam ustaz murshidi...saya nak minta bantuan dari ustaz...sebab kadang2 bila saya menyampai atau berbincang dgn wahabi ni, kadang2 mereka ada guna hujah: "kalau Allah boleh bersifat mendengar dan melihat tapi x serupa makhluk mendengar dan melihat, kenapa x boleh mereka si wahabi ni kata Allah bertempat di langit tapi mereka guna helah tadi iaitu dengan cara x menyerupai makhluk bertempat dan beranggota tangan dll tapi x serupa dengan anggota badan makhluk"
Sebab bila mereka kluar hujah begini, sukar sikit saya nak terang balik kat mereka...antara hujah saya, mendengar dan melihat tu bukan sifat fizikal , tapi bertempat dan beranggota tu sifat fizikal makhluk
Harap dapat huraian dan penjelasan yg lebih tuntas dari ustaz agar lebih mudah utk saya terangkan pada mereka..terima kasih ustaz ๐Ÿ™‚
JAWAPAN:
Wa'alaikumussalam..
Hujah yg tuan berikan tu okey dah. Cuma wahabi ni tak akan ikut akidah pegangan ASWJ kerana mereka hendak mensabitkan juga sifat bertempat dan beranggota bagi Allah. Moga mereka mendapat hidayah dan terbuka hati mereka utk menerima akidah yg benar.
Di dalam Al-Quran dan Hadith jelas menyebutkan sifat2 Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰. Jika dihitung semuanya, terdapat 20 sifat. Ini adalah berdasarkan ayat-ayat muhkamat..
Tiada satu pun dalil naqli mahupun aqli utk menetapkan sifat tempat mahupun anggota bagi Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰. Jika seseorang itu menetapkan juga sifat tempat dan anggota bagi Allah, bermakna ia menyifatkan Allah dgn sifat yg tidak selayaknya. "ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ุนู…ุง ูŠุตููˆู†"..
Masalah wahabi ialah mereka mensabitkan sifat bagi Allah berdasarkan ayat-ayat mutasyabihat, sedangkan ayat-ayat mutasyabihat wajib ditakwilkan sama ada secara ijmali mahupun tafsili.
Sifat mendengar, melihat dan lain-lain sifat 20 adalah sifat-sifat keTuhanan. Jika makhluk Allah seperti manusia seakan-akan ada sebahagian sifat-sifat ini, ianya hanyalah diciptakan kpd manusia utk bekalan manusia menjadi khalifah di muka bumi. Itu bukan sifat hakiki mereka, tetapi perkara yg diciptakan utk mereka. Bila2 masa perkara itu boleh hilang daripada manusia kerana itu bukan sifat hakiki mereka. Apabila diciptakan, bermakna ianya benda baharu (ุญุงุฏุซ), maka sudah tentu tidak serupa sama sekali dgn Sifat Allah yg Qadim.
Sifat bertempat dan beranggota pula, ini mmg sifat makhluk, bukan sifat keTuhanan kerana tempat dan anggota adalah baharu kerana menempati ruang dan jisim. Makhluk memerlukan tempat, ruang, anggota, jisim dsb kerana makhluk lemah. Oleh itu, sifat baharu ini mustahil disandarkan kepada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ yg Qadim. Sangat memeningkan dan mengelirukan, apabila mereka nak mensabitkan sifat yg jelas kemakhlukan ini iaitu bertempat dan beranggota kepada sifat Allah Rabb al-Jalil yg Qadim. Sangat jauh dari cara fikir yg waras. Maha Suci Allah daripada apa yg mereka sifatkan. Maha Suci Allah daripada bertempat dan beranggota.
Sebab itulah pentingnya pengajian Sifat 20 diajarkan di alam Melayu ini utk meluruskan cara fikir dan pegangan aqidah umat Islam agar selari dgn apa yg dibawa oleh para Anbiya' ุตู„ูˆุงุช ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ู… ุฃุฌู…ุนูŠู†. Tidak lagi berdasarkan kepada pemikiran dan pegangan yg keliru dan mengelirukan. Moga kita semua mendapat taufiq dan hidayah Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰.


15) BACAAN TIKA DI KEDAI MAKAN UTK ELAK SIHIR


Kalau pergi kedai makan, bila dah duduk bacalah surah Yunus ayat 81. Sebelum makan, bacalah surah al-Fiil. Niat kalau-kalau ada sihir ia akan tampak, kalau tak ada maka Inshaa Allah boleh makan. Sebab sihir di kedai makan atau di mana-mana premis (bangunan) bukannya tepat pada sasaran, boleh jadi kita yang tak terlibat pun jadi mangsa. Hati-hati. Jangan tertipu dengan kecantikan rupa kedai, tetapi isinya penuh dengan jin yang dihantar oleh orang-orang yang dengki+khianat.

No comments:

Post a Comment