Monday, 18 May 2020

repeated wahabi FAQ

1) ASAL TOLAK WAHABI JE NAK LABEL SYIAH
 syiah x suka wahabi
aswj assayirah pun x suka wahabi
jadi cerdik sikit, syiah perlu ditolak dan sesat
wahabi pun perlu ditolak dan sesat juga
jangan sikit2 syiah kalau tolak wahabi lol
akidah aswj pun tolak wahabi lol !!!
muhamaad abd wahab pengasas wahabi adalah pengganas utama menyembelih ulama' ulama' yg menolak wahabi !

2)WAHABI DUK TANYA APA TU WAHABI

wahabi banyak level
wahabi asasnya ajaran akidah/kefahaman agama yg sebar dan dihidup oleh muhamad abd wahab , tokoh wahabi yg menjatuhkan kerajaan turki uthmaniah dan dia sndiri dah menyembelih ramai ulama' yg menolak ideologi beliau di jazirah arab suatu masa dulu
wahabi malaysia banyak level
level 1 - wahabi main sembang bidaah/khilafiah je - yg depa reti bidaah, qunut , selawat terawih, tahlil, talqin sume bidaah
level 2 - da master level 1, masuk akidah, level 2 ni kau ambil akidah kau bulat2 dari makna tersurat quran, sedangkan dalam quran Allah beriman ada ayat boleh diambil makna bulat2 zahir dan ada ayat kesamaran/tidak jelas yg x boleh difahams ecara tersurat... so lahir la akidah wahabi Allah bertempat dilangit dan beranggota tubuh
level 3 - kalau kau nak extreme lagi, di masuk salafi jihadi... sume yg tolak akidah /perjuangan kau, halal darah nya x kira la kau islam ke apa... tp dengan yahudi israel, salafi wahabi ni penakut pulak.. tahu nak bunuh orang islam ja kerja
so kenali la apa tu wahab

3) SEJARAH HITAM SILAM WAHABI

( Edisi Sejarah Hitam Wahhabi Di Kota Thoif )
1- Wahhabi menyerang kota Thoif setelah menawan pemerintahan Asy-Syarif Gholib Hakim Mekah pada Zul Qaedah tahun 1217H bersamaan 1802M kemudian WAHHABI membunuh penduduk Thoif termasuk wanita dan kanak-kanak dan WAHHABI turut menyembelih bayi yang masih dipangkuan ibunya.
( Rujuk fakta sejarah tersebut dalam kitab berjudul Kasyfu Al-Irtiyab seperti yang telah discan di atas pada mukasurat 18 karangan Muhammad Muhsin Al-Amin dan beliau turut menukilkan kenyataan yang sama dari Mufti Mekah Ahmad Bin Zaini Dahlan )
2- WAHHABI membunuh umat Islam di dalam Masjid-Masjid & rumah-rumah dan WAHHABI bertindak mengejar sesiapa yang lari dari serangan mereka lalu membunuh kebanyakkan mereka yang lari itu, WAHHABI juga mengumpul sebahagian mereka tadi dalam satu kawasan malangnya kemudian dipukul leher mereka (bunuh) dan sebahagian mereka dibawa oleh WAHHABI ke satu lembah bernama Wadi Aluj lantas WAHHABI meninggalkan mereka di wadi yang kosong itu yang jauh dari perkampungan dalam keadaan mereka dibogelkan tanpa pakaian antara lelaki dan perempuan.
( Rujuk fakta sejarah tersebut dalam kitab sejarah berjudul Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah pada mukasurat 178 dikumpulkan oleh Dr. Muhammad ‘Audh Al-Khatib )
( Edisi Sejarah Hitam Wahhabi Di Kota Thoif )
WAHHABI MEMBUNUH ULAMA ISLAM, FAKTA SEJARAH YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
-Semasa kebangkitan WAHHABI di kota Thoif mereka turut bertindak ganas terhadap ulama Islam di Kota Thoif dan ulama Islam yang berada berhampiran dengannya termasuk ulama Islam di Mekah dan Madinah mati dibunuh oleh WAHHABI berdasarkan fakta sejarah tepat.
Pada masa itu WAHHABI telah membunuh dan menyembelih ulama Islam terlalu ramai antara Ulama Islam yang dibunuh oleh WAHHABI adalah:
1- Mufti Mekah Al-Mukarramah waktu yang sama merupakan seorang mufti Mekah dalam mazhab Asy-Syafi'iyyah bernama Syeikh Abdullah Az-Zawawi telah mati dibunuh oleh WAHHABI dengan kejam dihadapan rumahnya dengan cara menyembelih mufti tersebut.
2- Seorang qodhi (tuan kadi) bernama Abdullah Abu Al-Khoir juga mati dibunuh oleh WAHHABI ketika itu.
3- Syeikh Ja’far Asy-Syaiby dan beberapa ulama Islam bersamanya dibunuh oleh WAHHABI dengan cara penyembelihan kejam oleh ketua dan bala tentera WAHHABI ketika itu.
Kesemua peristiwa kejam tadi berlaku pada tahun 1217H bersamaan 1802M.
( Sila rujuk fakta sejarah kekejaman Wahhabi tersebut dalam kitab sejarah yang mu’tadil berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan ulama sejarah bernama As-Said Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa’iy pada mukasurat 2-4 percetakan An-Najah di Baghdad Iraq Tahun cetakan 1345Hijriyyah )
FAKTA SEJARAH MEMBUKTIKAN KEZALIMAN WAHHABI DI MEKAH AL-MUKARRAMAH MEMBUNUH UMAT ISLAM BERDASARKAN BUKU SEJARAH WAHHABI SENDIRI
(Edisi Sejarah HITAM Wahhabi Di Mekah Al-Mukarramah)
Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya disana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803M : 1218H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy ‘Asyar. Manakala pengkaji sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:
KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA MEKAH:-
– Pada bulan Muharram 1220H bersamaan 1805M Wahhabi di Mekah membunuh umat Islam yang menunaikan ibadah haji.
– Ibu-ibu penduduk kota Mekah dipaksa menjual harta hak milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.
– Penduduk Mekah kelaparan kerana keadaan begitu zalim dilakukan oleh Wahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan berkelimpangan mayat-mayat mereka.
– Pengkaji sejarah & merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi menjual daging-daging keldai dan bangkai kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.
( RUJUK FAKTA SEJARAH DI ATAS YANG DINYATAKAN TADI DALAM KITAB PENGKAJI WAHHABI SENDIRI BERNAMA UTHMAN IBNU BASYIR AL-HAMBALY AN-NAJDY DALAM KITABNYA BERJUDUL ‘INWAN AL-MAJDY FI TARIKH NAJAD JUZUK 1 MUKASURAT 135, RUJUK JUGA KITAB YANG TELAH DISCAN DI ATAS )

Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H merupakan pengasas ajaran Al-Wahhabiyyah yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka.
– Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru bawaan Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu jelas menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. (Sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut : “ Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ” Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).
– Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu islam dan beliau menyatakan kepada para ulama : “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275)
!!! – Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Taif.
(Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).
Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi :
1. Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan :
“ Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.
(Rujukan : Kitab ‘As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” – m/s 276)
2. Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan : ” Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata : Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik “.
(Rujukan : Kitab ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah – m/s 42)
WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN ULAMA ISLAM.
– Wahhabi Menghukum Sesat Dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam.
– Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi
– Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Demikian kenyataan Wahhabi :
1. Di sisi Wahhabi Akidah Imam Nawawi Dan Ibnu Hajar Al-Asqolany Bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
– Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.
2. Wahhabi Menghukum Al-Asya’iroh Sebagai Sesat Dan Kafir.
– Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.
– Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.
3. Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikut Mazhab.
– Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya

tu ada rujukan kitab bawah tu
baca bang..jgn terjebak dgn racun wahabi
Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi :
1. Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan :
“ Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.
(Rujukan : Kitab ‘As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” – m/s 276)

4) KENAPA KENA TOLAK WAHABI

kalau la muhd ab wahab x terlibat bunuh ulama' pun
saudara kena tolak ajaran salafi ni
akidah muhd ab wahab
Allah bertempat di langit dan beranggota tubuh
walau diletak penafian seperti makhluk
boleh merosakkan akidah saudara, merosak dan membahaya kan akidah
yg tu paling utama...x nak ambil tahu kisah silam muhd ab wahab x apa asal tahu bahaya ajaran salafi ni

 ulama salaf tidak pakai ayat mutasyabihat jadi akidah
ulama salaf jumpa ayat istiwa yad tidak ambil makna , tapi anggap itu ayat mutasyabihat yg hanya Allah tahu makna
salaf "versi muhd abd wahab" ambil akidah istiwa yad sume tu sbagai zahir makna dan difaham secara makna tersurat / zahir makna
ada BEZA BESAR di situ....dan FAKTA NI LA YG DINAFI DAN DIPUTAR BELIT figure2 rujukan salafi muhd ab wahab di malaysia
nak berakidah kena bertanggung jawab atas makna perkataan yg disabitkan pada Allah
bertempat
di
langit
tangan
apa yg kamu maksud kan dgn perkataan ini bila nak dikaitkan dgn Allah
hati2 dalam berakidah
salaf sebenar pun berakidah Allah tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat..cukup terang, selamat akidah ni !

Sunday, 10 May 2020

untuk salafi yg mahu penerangan scara aman

ok bos.. maaf la...dalam msia dan kebanyakan negara umat islam, mazhab akidah ada banyak dan paling majoriti ialah 3 kelompok, assyairah maturidiah aswj yg menjadi akidah rasmi majlis fatwa kebangsaan sejak sekian lama dan menjadi akidah rasmi dalam jabatan mufti kebanyakan negeri kecuali perlis dan mungkin wilayah ..
wahabi wahabi ni bukan saja2 org nak larang dari terjebak..
ajaran wahabi ni biasa dia akan perkenal pada org ramai dgn tagline ikut sunnah sahaja dan tolak bidaah
dan fine mmg generally semua org awam akan nampak yes , no prob apa yg ustaz ni sebut
N ini yg the one all of shud follow contohnya
kebanyakan yg diajar biasa nya xde masalah dan majoriti nya betul
tp mula2 asatizah salafi ni akan tanam dalam fikiran org awam kena tolak perkara khilafiah atau perkara yg berlaku perselisihan di kalangn ulama' ,,,bg sesetengah ulama kata ia sunat ada kata ia bukan sunat, tp ajaran salafi ni terus qunut, tahlil, selawat antara terawih dan berlambak hal2 khilafiah akan ditanam sbagai BIDAAH,SESAT,MASUK NERAKA
sedangkan masuk neraka ke org baca qunut,tahlil dan selawat antara trawih ni sebenarnya ???
ok la, bila ahli baru da cair dgn fikiran ni..dan kemas pegang slogan tu
ustaz salafi akan start ajar perkara yg saya kata duri tajam dalam keindahan dan pesona kuliah mereka iaitu bab AKIDAH
bukan semua akidah salafi ni sesat dan berbahaya, mereka pun KATA ALLAH MAHA ESA DAN NABI MUHAMAD RASUL
tapi apa yg x kena dlm akidah salafi ni mereka akan AJAR ALLAH NI BERTEMPAT DI LANGIT , BERANGGOTA TUBUH SEPERTI TANGAN , BETIS DLL... akidah begini mereka ambil dalam ayat quran SEBENARNYA TIDAK BOLEH DIFAHAMI/ DIAMBIL MAKNA AYAT TERSEBUT SECARA ZAHIR MAKNA AYAT ATAU MAKNA TERSURAT
Awk x percaya, cari tafsir quran, bukak ayat 7 surah ali imraan, Allah PESAN AWAL2 nak faham apa makna quran , AYAT 7 SURAH ALI IMRAAN )
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya
Allah da bagi tahu ayat quran ini ada yg kita boleh ambil makna/kefahaman dari makna tersurat/zahir ayat , TAPI ADA AYAT KESAMARAN/TIDAK JELAS YG TIDAK BOLEH DIAMBIL MAKNA SECARA TERSURAT kerana ada makna tersirat/atau makna lain yg hanya diketahui Allah dan diberi kefahaman ayat ini pada ulama' tafsir muktabar sahaja
ayat sifat Allah da cukup jelas, surah al ikhlas tu, "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlaas 112:4)
BILA MAKHLUK SIFAT FIZIKAL BERTEMPAT DAN BERJUZUK ANGGOTA TUBUH, ADAKAH LAYAK ALLAH JUGA MEMILIKI 2 SIFAT TERSEBUT
sebenarnya, ajaran salfi ori dari muhd ab wahab dan arab saudi lagi DIRECT, MEREKA MENDAKWA MEMANG ALLAH BERJISIM, BERANGGOTA TUBUH DAN BERTEMPAT...cuma di malaysia ja, ustaz salafi x kan direct ajar camtu sebab nampak jelas sangat sesat
,MAKA MEREKA BAWA TAGLINE AKIDAH , Allah bertempat di langit, beranggota tubuh tapi COVER DENGAN tidak menyerupai makhluk..
ni la..DURI TAJAM yg akan melukai akidah org awam yg jika x da asas teguh akidah aswj , aakan kata ya jugak, apa salah nya akidah camni..
dalil lain supaya saudara faham , ayat quran kalau kita nak ambil makna scara zahir berkait di mana atau keberadaan Allah
AL BAQARAH AYAT 186 )
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
SURAH QAAF AYAT 16 )
maksudnya :
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
SURAH WAAQIAH AYAT 83-85 )
maksudnya :
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
KALAU IKUT CARA SALAFI WAHABI ( TANPA TAKWIL ) :
- Allah lebih dekat dengan orang yang sedang dikeluar roh tika sakaratulmaut berbanding manusia-manusia yang menyaksikan orang yg ditarik roh itu.
SURAH HADIID AYAT 4 )
maksudnya :
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan
SURAH MUJAADALAH AYAT 7 )
maksudnya :
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
SURAH AL BAQARAH AYAT 115 )
Maksudnya :
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
KALAU IKUT CARA SALAFI WAHABI ( TANPA TAKWIL ) :
ke arah mana kita menghadap kiblat di situ wajah Allah ?? sekali lagi zahir ayat kata
Allah bukan di arasy
dan banyak lg kalau sy nak tulis sini
KENAPA USTAZ SALAFI X NAK HURAI AYAT2 QURAN ATAU HADIS CAMNI ?? SEBAB X KENA DGN AKIDAH MEREKA NAK PEGANG ALLAH KONONNYA DI LANGIT TU
DAN JIKA MEREKA ULAS PUN, MEREKA SEBENAR NYA AKAN PUTAR BELIT KATA TU BUKAN MAKNA AYAT TU BLA BLA ..CAMBIASA UTK MENANGKAN PEGANGAN AKIDAH MEREKA
sekadar perkongsian sy agar awk terselamat dari ambil akidah dari guru2 sperti ni
harap maaf, salam

Friday, 1 May 2020

BUKTI-BUKTI SESETENGAH AYAT QURAN/HADIS TIDAK BOLEH DIFAHAMI SECARA ZAHIR MAKNA/MAKNA TERSURAT TANPA DITAKWIL

.

FEED FROM FRIENDS AGAINST WAHABI

Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak."
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)



Al-Imam As-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala sedekah itu ada 5 tingkatan:
" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :
1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani.
2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.
4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000) yaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqih.
[Kitab Bughyatul Musytarsyidin].

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=286363882388805&set=a.100743780950817&type=3&eid=ARCPn6zjXvWAFTvAcMPaq69pZCuVcuAWxTNkYWbYiFkqaeDpdrDR8M5G4i0Fg716P8Ljnu9xPtWNquox

Image may contain: text

No photo description available.

Inilah golongan yang sering di anggap sebagai muktazilah, bekerjasama dengan Syiah dan Yahudi, pengamal ilmu kalam Yunani, ahli falsafah sesat, bahkan dikatakan sebagai pengamal sifat 20 bidaah sesat, menafikan ayat-ayat al-Quran, berpaling dari salaf dan sebagainya. Name it... Macam-macam fitnah.

Tapi pegangan Asya'irah dan Maturidiah inilah yang menjadi pegangan majoriti para ulama sejak zaman imam Abul Hasan al-Asy'ariy dan Imam Abu Mansur al-Maturidi sehingga kini dan dipegang oleh majoriti umat Islam kerana imam Asy'ari dan imam Maturidi tidak membawa pegangan akidah yang baru, sebaliknya menyusun ajaran akidah para Nabi dan para sahabat serta salafussoleh yang bersih.

Sama seperti fekah, rujukan dalam fiqh adalah menerusi kitab-kitab fekah. Manakala aqidah dirujuk dalam kitab aqidah. Berapa ramai daripada kalangan ahli fiqh daripada mazhab Syafi'e, Hanafi, Maliki dan Hanbali yg berpegang kepada ajaran Asya'irah wal Maturidiah.

Mereka bangkit menentang ajaran2 bid'ah dalam aqidah seperti syiah, hasyawiyah (musyabbihah), karamiyyah (mujassimah), qadariyah, jabariyah, muktazilah dan sebagainya. Ajaran2 bidaah dalam aqidah ini semuanya menggunakan al-Quran sebagai hujah tapi dengan pemahaman yang salah, sebab itu gabungan dalil-dalil naqli dan aqli digabungkan untuk membantah ajaran-ajaran bid'ah dalam akidah bahkan menentang ajaran-ajaran musyrik.

Sekarang ini berapa ramai yg berani mencela pengikut2 Asy'ari dan Maturidi akibat taqlid buta kepada tok syeikh sendiri? Kamu mencela golongan yang diiktiraf oleh Allah dan RasulNya?.

Image may contain: text that says 'ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT TIDAK BERARAH 24H TIDAK BERMASA TIDAK BERJISIM "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengannya"'

ALLAH BUKAN DI LANGIT (BAHAGIAN 1)

Salah satu keyakinan Islam yang wajib diyakini adalah bahawa Allah Ta’ala itu tidak berada di suatu tempat, tidak di langit dan tidak di bumi.

Keyakinan keberadaan Allah di langit ini merupakan sebuah keyakinan sesat dan menyesatkan. Keyakinan Allah bertempat di langit bermula dari keyakinan kelompok yang sering disebut sebagai kelompok mujassimah (kelompok yang menyatakan tuhan bersifat dengan sifat benda. Pada zaman sekarang mereka sering menamakan dirinya sebagai kaum Salafi).

Berikut ini keterangan para ulama besar Ahlussunnah wal Jama’ah yang menjelaskan bahawa Allah tidak bertempat di langit, yakni sebagai berikut:

1. Abd al-Qahir al-Bagdadi (w. 429 H) dalam kitabnya al-Farq baina al-Firaq mengatakan:

واجمعوا على انه لا تحويه السماء ولا يجري عليه الزمان

“Telah terjadi ijmak ulama bahawa Allah Ta’ala itu tidak diliputi oleh langit dan tidak berlaku zaman atas-Nya.”

Masih dalam kitab dan halaman yang sama untuk menguatkan pernyataan beliau di atas, al-Baghdadi mengutip perkataan Sayyidina Ali r.a. seperti berikut:

إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته

“Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan arasy untuk menampakkan kekuasaan-Nya, bukan untuk tempat zat-Nya.”

dan perkataan Sayyidina Ali r.a yang lain:

قد كان ولا مكان، وهو الان على ما كان

“Adalah Allah, tiada tempat bagi-Nya, dan Dia sekarang sebagaimana sebelumnya”[1]

2. Ibnu al-Jauzi (w. 597 H), salah seorang ulama hadits bermazhab Hanbali menyebut dalam kitabnya, Daf’u Syubah al-Tasybih bi Akaffi al-Tanzih seperti berikut:

قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا تحويه السماء والارض ولا تضمه الاقطار ، وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها .

“Telah tetap di kalangan para ulama bahawa Allah Yang Maha Tinggi tidak diliputi oleh langit dan bumi dan tidak pula dihimpun oleh penjuru. Akan tetapi ditunjuk kearah langit sebagai pengagungan Zat Maha Pencipta.”[2]

3. Mulla Ali al-Qarii (w. 1014 H), seorang ulama hadits terkenal dalam kitabnya Syarh Fiqh al-Akbar karya Abu Hanifah, mengatakan bahawa Syeikh al-Imam Ibnu Abdussalam dalam kitabnya Hall al-Rumuz mengatakan:

قال الامام ابو حنيفة رضي الله عنه : من قال لا اعرف الله تعالى في السماء هو ام في الارض فقد كفر لان هذا القول يوهم ان للحق مكانا ومن توهم ان للحق مكانا فهو مشبه

“Imam Abu Hanifah mengatakan, Barangsiapa yang mengatakan saya tidak tahu apakah Allah berada di langit ataukah berada di bumi maka dia telah kafir, kerana perkataan ini memberikan persangkaan bahawa Allah bertempat, dan barang siapa yang menyangka bahawa Allah bertempat maka ia adalah musyabbih (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.”

Seterusnya Mulla Ali al-Qarii mengatakan, tidak diragukan bahawa Ibnu Abdussalam adalah seorang ulama besar dan sangat dipercayai, maka wajib berpegang pada kutipannya.[3]

4. Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852 H), seorang ahli hadits terkenal bermazhab Syafi’i mengatakan dalam kitabnya, Fathul Barri seperti berikut:

فإن إدراك العقول لاسرار الربوبية قاصر فلا يتوجه على حكمه لم ولا كيف ؟ كما لا يتوجه عليه في وجوده أين.
“Sesungguhnya jangkauan akal terhadap rahsia-rahsia ketuhanan itu terlampau pendek untuk menggapainya, maka tidak boleh dialamatkan untuk menetapkan-Nya, mengapa dan bagaimana begini? Sebagaimana tidak boleh juga mengalamatkan kepada keberadaan Zat-Nya, di mana?.”[4]

Keyakinan adanya Allah di langit bertentangan dengan penjelasan al-Asqalani di atas yang mengatakan bahawa wujud Allah tidak dapat diisyaratkan dengan kata-kata: “di mana?”. Kerana langit merupakan tempat yang dapat menjadi jawapan pertanyaan “di mana”.

5. Al-Zabidi telah menukil perkataan Imam Syafi’i dalam kitabnya, Ittihaf al-Saadah al- Muttaqin bi Syarh Ihya ‘Ulumuddin seperti berikut:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته.

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah ada sedangkan tempat belum ada. Lalu Dia menciptakan tempat. Dia tetap atas sifat-Nya sejak azali sebagaimana sebelum Dia menciptakan tempat. Mustahil atas-Nya perubahan dalam Zat-Nya dan pergantian pada sifat-Nya.” [5]

6. Imam Ghazali (w. 505 H) menegaskan dalam kitab beliau yang terkenal, iaitu Ihya ‘Ulumuddin seperti berikut:

ولا يحل فيه شئ تعالى عن ان يحويه مكان كما تقدس عن ان يحده زمان بل كان قبل ان خلق الزمان والمكان وهو الان على ما عليه كان

“Tidak menempati pada-Nya sesuatu pun, Maha Suci Allah dari meliputi oleh tempat sebagaimana Maha Suci Dia dari pembatasan oleh zaman, tetapi Dia telah ada sebelum diciptakan zaman dan tempat, Dia sekarang sebagaimana ada sebelumnya.”[6]

7. Imam al-Juwaini (w. 478 H), guru dari Imam al-Ghazali mengatakan dalam kitab al-Isyad seperti berikut:

ومذهب اهل الحق قاطبة ان الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيز والتخصيص بالجهات

“Mazhab ahlul haq dari ulama quthub sesungguhnya Allah SWT Maha Suci dari mengambil tempat dan dari dibatasi dengan arah.”[7]

8. Dalam Matan al-Aqidah al-Thahawiyah, Imam al-Thahawi al-Hanafi dalam menjelaskan akidah Ahlussunnah wal Jama’ah berdasarkan akidah Abu Hanifah, Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim al-Anshary dan Abu Abdullah Muhammad bin Hasan al-Syaibani, beliau mengatakan:

لا تحويه الجهات الست

“Allah itu tidak diliputi oleh jihat (arah) yang enam.”[8]

Mengatakan Allah bertempat di langit bererti mengi’tiqadkan Allah berada pada salah satu arah yang enam, iaitu arah atas. Dengan demikian, i’tiqad Allah bertempat di langit bertentangan dengan keterangan yang telah dijelaskan oleh Imam al-Juwaini dan al-Thahawi di atas.

9. Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh dalam keputusan fatwanya No. 09 Tahun 2014, Tanggal 25 Jun 2014 memutuskan antara lain:

a. Mengimani bahawa zat Allah hanya di atas langit/arasy adalah sesat dan menyesatkan.

b. Mengimani bahawa zat Allah terikat dengan waktu, tempat dan arah (berjihat) adalah sesat dan menyesatkan.

Dalil-dalil yang menegaskan keyakinan bahawa Allah tidak bertempat di langit

1. Firman Allah Ta’ala berbunyi:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Ertinya: Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat. (Q.S. al-Syuraa: 11)

Ayat ini adalah ayat yang paling jelas dalam al-Qur’an yang menjelaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya.

Seandainya Allah mempunyai tempat seperti langit dan arah, maka akan serupa dengan-Nya. Kerana dengan demikian, bererti ia memiliki dimensi (panjang, lebar dan tinggi), sedangkan panjang, lebar dan tinggi merupakan sifat yang khusus terdapat pada benda yang baharu.

2. Ijmak para ulama bahawa tidak ada yang azali dan qadim selain Allah ini sesuai dengan firman Allah Q.S al-Hadid: 3, berbunyi:

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ

Ertinya: Dia (Allah) yang awal dan yang akhir (Q.S al-Hadid: 3)

Dalam ayat lain Allah berfirman, yakni Q.S. al-An’am: 101, berbunyi:

وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Ertinya: Dia (Allah) menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Q.S. al-An’am: 101)

Allah Ta’ala dengan jelas menerangkan melalui firman-Nya ini bahawa semua yang ada merupakan ciptaan-Nya, jadi tidak ada sesuatu pun selain-Nya yang bukan ciptaan Allah.

Sesuatu disebut sebagai ciptaan tentu merupakan sesuatu yang ada sesudah tidak ada. Dengan demikian, tidak ada yang qadim dan azali selain Allah.

Hadits Nabi SAW di bawah ini juga mendukung keyakinan bahawa tidak ada yang qadim selain Allah, yakni sabda Nabi SAW yang berbunyi:

كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

Ertinya : Ada Allah tidak ada sesuatupun selain-Nya (H.R. Bukhari) [9]

Berdasarkan firman Allah dan hadits di atas, maka bererti Allah ada sebelum terciptanya tempat (langit) dan arah, maka Ia tidak memerlukan kepada keduanya dan Ia tidak berubah dari asal, yakni tetap ada tanpa tempat dan arah, kerana berubah adalah ciri dari sesuatu yang baharu (makhluk).

Seandainya Allah berada pada suatu tempat (langit), maka Allah tentu menyerupai makhluk, yakni berpindah dari azal kepada langit yang datang kemudian (yang diciptakannya).

3. Firman Allah Ta’ala berbunyi:

قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلْ لِلَّهِ

Ertinya: Katakanlah: "Milik siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Milik Allah." (Q.S. al-An’am: 12)

Berdasarkan ayat ini, maka semua yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah Ta’ala. Oleh itu, apabila kita mengatakan Allah bertempat di langit, maka Allah itu menjadi milik Allah juga. Tentu ini mustahil terjadi, kerana Allah tidak mungkin memiliki diri-Nya sendiri.

4. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda dalam doanya:

اللهم أنت الاول فليس قبلك شئ وأنت الآخر فليس بعدك شئ وأنت الظاهر فليس فوقك شئ وأنت الباطن فليس دونك شئ اقض عنا الدين واغننا من الفقر

Ertinya: Ya Allah, Engkaulah Zat Yang Maha Awal, maka tiada sesuatupun sebelum-Mu. Engkaulah Zat Yang Maha Akhir, maka tiada sesuatupun setelah-Mu. Engkaulah Zat Yang Maha Zahir maka tiada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah Zat yang Maha Batin maka tiada sesuatu di bawah-Mu. Ya Allah selesaikanlah hutangku dan kayakan aku dari kefakiran. (H.R. Muslim)[10]

Dalam kitab al-Asmaa wa al-Shifat, al-Baihaqi menyebutkan bahawa sebahagian ulama telah menjadikan hadits ini sebagai dalil bahawa Allah Ta’ala tidak bertempat. Penjelasannya, apabila di atas Allah tidak ada sesuatu pun dan di bawah-Nya juga tidak ada sesuatu, maka Allah tidak berada di tempat manapun.[11]

5. Hadits riwayat Abu Ya’la dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أذن لي أن أحدث عن ملك قد مرقت رجلاه في الارض السابعة والعرش على منكبه وهو يقول سبحانك أين كنت وأين تكون

Ertinya: Aku telah diizinkan untuk menyampaikan berita bahawa ada seorang malaikat yang kedua kakinya terperosok dalam bumi lapis ketujuh sedang Arasy berada di pundaknya, ia berkata, “Maha Suci Allah (dari) di mana Engkau? Di mana Engkau nanti?(H.R. Abu Ya’la)[12]

Al-Haitsami mengatakan, rijalnya rijal sahih.

[13] Berdasarkan hadits ini, malaikat bertasbih dengan mengucapkan Maha Suci Allah dari pertanyaan di mana Allah? Seandainya Allah bertempat di langit, maka tasbih malaikat yang tersebut dalam hadits di atas tentu tidaklah tepat. Ini menunjukkan bahawa Allah Ta’ala itu tidak bertempat, baik di langit mahupun di mana sahaja.

Catatan:
Hadits-hadits sahih yang kami kemukakan di atas meskipun darjatnya ahad (dhanni wurud), tetapi kandungannya adalah qath’i, mengingat kandungan hadits tersebut bersesuaian dengan maksud firman Allah di atas.


[1] Abd al-Qahir al-Baghdadi, al-Farq baina al-Firaq, Maktabah Ibnu Sina, Kairo, Hal. 287
[2] Ibnu al-Jauzi, Daf’u Syubah al-Tasybih bi Akaffi al-Tanzih, Dar al-Imam al-Rawas, Beirut, Hal. 189
[3] Mulla Ali al-Qarii, Syarah Fiqh al-Akbar, Hal. 137-138
[4] Ibnu Hajar al-Asqalany, Fathul Barri, al-Maktabah al-Salafiyah, Juz. I, Hal. 221
[5] Al-Zabidi, Ittihaf al-Saadah al- Muttaqin, Muassisah li Tarikh al-Araby, Beirut, Juz. II, Hal. 24
[6] Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Thaha Putra, Semarang, Juz. I, Hal. 89
[7] Al-Juwaini, al-Irsyad, Maktabah al-Khaaniji, Mesir, Hal. 39
[8] al-Thahawi, Matan al-Aqidah al-Thahawiyah, al-Maktab al-Islami, Hal. 7
[9] Bukhari, Shahih al-Bukhari, Maktabah Syamilah, Juz. IV, Hal. 129
[10] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Syamilah, Juz. IV, Hal. 2084, No. 2713
[11] Al-Baihaqi, al-Asmaa wa al-Shifat, al-Maktabah al-Azhariyah lil Turatsi, Hal. 373
[12] Abu Ya’la, Musnad Abu Ya’la, Maktabah Syamilah, Juz. XI, Hal. 496, No. 6619
[13] Al-Manawi, Faidh al-Qadir, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 458.


Image may contain: 6 people, people sitting
Image may contain: 2 people, people sitting and hat
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: 1 person, sitting and table

Ulama' terkemuka dari Yaman, Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz telah melakukan lawatan rasmi ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.
Beliau juga telah berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Disamping ulamak dari Yaman, seorang ulamak terkemuka dari Fattani, Sheikh Baba Abdul Aziz, Yg Dipertua Jemaah Ulama Fattani turut berkesempatan mengunjungi MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.

BERZIKIR SELEPAS SOLAT IALAH MENGIKUT MAZHAB SYAFIE
1. Setiap hari, Mohib Khauli tidak gagal menimbulkan perpecahan dan kecelaruan dalam masyarakat. Insyaallah segala kejahatannya ini akan dikumpulkan untuk dikemukakan pada Mufti Terengganu.
2. Kali ini, Mohib Khauli mempersoalkan samada kita yang berzikir jahr selepas solat ini mengikut mazhab Syafie atau tidak. Bahkan dia tidak segan mendakwa kita angkuh ikut mazhab Syafie tapi bab berzikir nyaring selepas solat sedang tidak ikut mazhab Syafie.
3. Kita perlu tahu zikir nyaring lepas solat itu thabit daripada hadis Nabi yang sahih iaitu berkata Ibnu Abbas r.a:
أن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي ﷺ. وقال ابن عباس كنت أعلم اذا انصرفوا بذلك اذا سمعته
“Bahawa menyaringkan suara dengan zikir ketika selesai manusia daripada solat fardhu adalah berlaku pada zaman Nabi shalallahu alaihi wasallam. Berkata Ibnu Abbas adalah kamu mengetahui bila selesai solat dengan demikian itu apabila mendengarnya (zikir)”
(HR Al-Bukhari, no 805, Bab Az-zikr Ba’da As-Solah)
4. Saya yakin Mohib Khauli tahu hadis ini tapi syarahan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani telah diselewengkan, kerana Ibnu Hajar berkata:
قوله: (كان على عهد رسول الله) فيه أن مثل هذا عند البخاري يحكم له بالرفع خلافا لمن شذ ومنع ذلك، وقد وافقه مسلم والجمهور على ذلك، وفيه دليل على جواز الجهر بالذكر عقب الصلاة
“(Adalah berlaku pada zaman Rasulullah) padanya bahawa seumpama ini disisi Imam Bukhari berhukumkan/berdalilkan dengan hadis ini untuk mengangkat (menolak) kekhilafan bagi mereka yang syaz dan menghalang (zikir bersama Imam) itu. Dan sesungguhnya telah sepakat Imam Muslim dan jumhur ulama di atas (masalah zikir jahr bersama Imam) itu. Dan padanya dalil ke atas keharusan menyaringkan zikir selepas solat.” (Fath Al-Bari, juz.2, ms.463)
5. Jelas sekali Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani sependapat dengan Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan Jumhur Ulama bahawa harus zikir jahr selepas solat. Inilah yang dipilih oleh ulama Syafiyyah kita untuk diamalkan di Malaysia. Adakah Mohib Khauli sengaja sembunyi syarah ini untuk mengaburi mata orang awam?
6. Demikian juga, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya:
عن ابن عباس قال كنا نعرف انقضاء صلاة رسول الله ﷺ بالتكبير
“Daripada Ibnu Abbas berkata, adalah kami mengetahui selesai solat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam dengan takbir (nyaring selepas solat)”
(HR Muslim, no.583, Bab Az-Zikr Ba’da As-Solah)
7. Berkata Imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim:
هذا دليل لما قاله بعض السلف أنه يستحب رفع الصوت بالتكبير والذكر عقب المكتوبه
“Ini merupakan dalil bagi pendapat sebahagian ulama salaf bahawa sunat menyaringkan suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardhu” (Syarah Sahih Muslim, juz.5, ms.63)
8. Di sini juga Imam Nawawi menyatakan bahawa para ulama salaf menghukumkan mustahab/sunat menyaringkan suara ketika zikir selepas solat. Di mana dakwaan ulama Syafiyyah tidak perlu zikir nyaring selepas solat? Adakah kalam ini juga cuba disembunyikan oleh Mohib?
9. Kesimpulan awal yang kita dapat buat ialah, ada ulama berpendapat sunat menyaringkan suara ketika zikir selepas solat. Ada juga ulama berpandangan harus yakni dibolehkan untuk berbuat demikian. Yang jelas, tidak ada ulama muktabar menghukum sebagai haram atau bidaah dhalalah.
10. Seterusnya berkaitan kenyataan Imam Syafie yang dinuqilkan oleh Imam Nawawi:
حمل الشافعي هذا الحديث على أنهم جهروا به وقتا يسيرا لأجل تعليم صفة الذكر، لا أنهم داوموا على الجهر به، والمختار أن الإمام والمأموم يخفيان الذكر إلا أن احتيج الى التعليم.
“Telah ihtimal Imam Syafie berkenaan hadis ini atas bahawa mereka menyaringkan dengannya (zikir selepas solat) pada waktu yang seketika untuk mengajarkan sifat zikir, tidaklah mereka berterusan atas menyaringkan dengannya. Dan qaul mukhtar bahawa Imam dan Makmum (zikir berjemaah) dalam keadaan perlahan melainkan berhajat kepada mengajarkan kepada jemaah”
11. Kenyataan Imam Asy-Syafie ini telah disebutkan dalam kedua-dua syarah Al-Bukhari dan Muslim oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi. Namun bagaimana para ulama memahaminya? Adakah sama dengan kefahaman Mohib?
12. Pertama kita perlu sedar selain Imam Syafie, ramai ulama berpendapat sunat menyaringkan suara ketika zikir selepas solat seperti yang dilaporkan oleh Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar pada awal syarah.
13. Kedua, kita perlu tahu bahawa Imam Syafie yang telah mengkaji sirr hadis berpendapat bahawa nyaring itu dilakukan untuk mengajarkan zikir kepada orang yang belum hafal. Jika demikian, adakah salah kebiasaan kita sekarang? Sedangkan ramai kanak-kanak dan orang yang baru hadir berjemaah belum menghafal zikir. Maka hukum sunat ini masih terpakai.
14. Ketiga, hukum sunat menyaringkan zikir bagi tujuan mengajar zikir selepas solat kepada jemaah adalah bertujuan agar jemaah mengamalkan berzikir selepas solat, bukan terus balik. Maka, pada masa sekarang zikir nyaring berjemaah selain daripada dapat mengajar orang yang belum hafal, faedah lain pula ialah dapat mengalakkan orang berzikir kerana jika imam tidak berzikir dan hanya diam maka ramai yang tidak berzikir, lalu terus balik seperti yang berlaku di surau masjid Wahhabi.
15. Keempat, Imam Syafie masih berpendapat bahawa perlu zikir berjemaah walaupun perlahan. Tidak seperti sesetengah dakwaan bahawa tiada zikir berjemaah. Oleh itu, dibeberapa pondok dan madrasah, zikir tidak dinyaringkan kerana semua telah hafal dengan baik seperti Masjid Sri Petaling.
16. Inilah perbezaan antara huraian Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Wahhabi yang suka menyelewengkan kalam ulama.
17. Tambahan lagi, ramai ulama Syafiyyah menggalakkan zikir nyaring selepas solat seperti berikut:
i. “Imam Nawawi mengumpulkan antara dua hadis yang mengatakan sunat menggeraskan suara zikir dan hadis yang mengatakan sunat memperlahankan suara zikir tersebut. Sesungguhnya memperlahankan zikir itu lebih afdhal sekiranya ada kekhuatiran akan menjadi riak atau boleh mengganggu orang yang solat atau orang tidur. Dan mengeraskan zikir lebih afdhal (jika) bukan dalam keadaan tadi, kerana melakukan lebih banyak mendatangkan manfaat dan kebaikannya boleh sampai kepada orang yang ingin mendengar, dapat membangun hati orang yang lalai, menumpukan perhatiannya pada zikir, memfokuskan pendengaran mendengarnya dan boleh menghilangkan rasa mengantuk.” (Rujuk Ruh Al-Bayan, j.3, ms.306.)
ii. Imam Suyuthi berkata: “ Sesungguhnya (mengadakan majlis zikir dan menyaringkannya di masjid-masjid, serta mengangkat suara) tidaklah makruh kerana telah warid hadis-hadis yang menghukumkan sunat dinyaringkan dan juga hadis-hadis yang menghukumkan sunat diperlahankan. Perbezaan kedua-dua cara ini dapat diselaraskan dengan merujuk kepada perbezaan keadaan di mana zikir itu berlaku dan siapa pelakunya.” (Rujuk Al-Hawi Li Al-Fatawa, j.2, ms.23-24)
iii. Al-Allamah Al-Faqih Al-Usuli Syeikh Ali Jumuah berkata: “Dan sebaik-baik yang disebut dalam keadaan ini ialah apa yang dikatakan oleh pengarang Maraqi Al-Falah ketika menghimpunkan hadis-hadis dan pendapat-pendapat ulama yang berselisih dalam (menentukan) yang lebih afdhal di antara memperlahan atau menyaring pada zikir dan doa. Di mana beliau berkata: ‘Perkara itu berbeza mengikut individu, keadaan, waktu dan tujuan. Jika ditakuti riak atau mengganggu orang lain, maka perlahan lebih baik. Dan jika boleh hilang yang zikir (kerana lupa atau tersilap) maka menyaringkan suara lebih baik.” (Rujuk Al-Bayan Lima Yaghal Al-Azhan, ms. 245-246)
iv. Ibnu Khuzaimah mengisyaratkan keharusan menyaringkan suara selepas zikir dengan memasukkan hadis Ibnu Abbas dengan menggunakan tajuk (Bab: Menyaringkan suara takbir dan zikir ketika selesai solat)
v. Ibnu Daqiq Al-Eid : “Dalam hadis ini (Ibnu Abbas), terdapat dalil bolehnya menguatkan suara zikir selepas solat dan takbir secara khusus termasuk dalam kategori zikir” (Rujuk Ihkam Al-Ahkam Syarh Umdah Al-Ahkam)
vi. Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali berkata yang intinya bahawa Imam Ahmad menghukum sunat menguatkan suara ketika berzikir selepas solat. (Rujuk Fath Al-Bari Ibnu Rejab, j.5, ms.236)
18. Demikianlah hujjah kita ASWJ dalam mendepani golongan penyeleweng agama seperti Mohib Khauli. Namun sayang, selepas dikemukakan panjang lebar hujjah-hujjah daripada ulama ASWJ, kami dituduh syiah oleh Mohib Khauli. Itulah sikap Wahhabi, bermudah-mudah menfitnah ASWJ sebagai Syiah.
Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za’farani (HAZA)

AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK TAHU TUHAN DI MANA???* 🤔

(1) Saya jawab, kurang lebih, begini

👇🏼 👇🏼 👇🏼

(2) Jelas tak betul.

(3) Kedua-duanya tak betul. Yang mengatakan Tuhan berada di mana2 bukan aqidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Itu Aqidah kufur Hululiah.

(4) Wahdatul Wujud yang difahami oleh orang-orang Sufi sebenar (bukan sufi palsu) pula lebih kepada wahdatus syuhud (melihat dan meyakini wujud Allah SWT apabila melihat makhluk - syuhudul wahdah fil kathrah).

(5) Kalau Wahdatul Wujud diertikan dengan makna Tuhan bersatu dengan makhluk jelas bathil kerana Khaaliq yang wujud tanpa ada permulaan didakwa bersatu dengan makhluuq yang asalnya tidak wujud itu bathil.

(6) Keyakinan Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah tempat, langit, bumi, Arasy, syurga, neraka dll adalah makhluuq, yakni wujud setelah diciptakan oleh Allah SWT.

(7) Jadi sebelum Allah SWT ciptakan tempat, memang Allah SWT Wujud. Mengatakan sebelum Allah SWT menciptakan tempat, Allah SWT tidak wujud itu kufur.

(8) Maka Allah SWT wujud bukan pada tempat memang aqidah yang betul. TETAPI sambungan di atas (dalam posting) tu tak betul.

(9) Kenyataan2 yang tidak betul disusuli dengan hakikat aqidah yang sebenar (dalam huruf besar)

1- Kelompok kedua pula percaya Tuhan tidak bertempat.

SEBENARNYA KESEMUA AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH PERCAYA TUHAN WUJUD TIDAK BERTEMPAT.

2- Mereka tidak tahu di mana Tuhan.

SEBENARNYA AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH *TAHU* TUHAN TIDAK DI MANA2.

3- Mereka percaya di dalam alam tiada Tuhan. Di luar alam tiada Tuhan. Di atas arasy tiada Tuhan dan di mahsyar pun tiada Tuhan.

SEBENARNYA AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH TAHU DAN YAKIN TUHAN ADA (WUJUD) BUKAN BERTEMPAT, BUKAN TUHAN BERADA PADA MAKHLUUQ, BAIK ALAM, ARASY ATAU MAHSYAR.

(10) Sumber Aqidah adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh RasuululLaah S.A.W, para sahabat dan ulama-ulama muktabar Ahlis Sunnah wal Jamaah dan BUKAN dari posting Facebook entah siapa2 yang tak ketahuan.

(11) Cari guru ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah dan belajar aqidah, jangan cari posting Facebook untuk belajar aqidah.
Senarai Penceramah Yang Tidak Mempunyai Tauliah Mengajar / Berceramah Di Negeri Selangor dan Negeri Johor:
Senarai Nama Individu Yang Mengelirukan Dalam Bentuk Penyesatan, Pengkafiran Terhadap Umat Islam:
1. Rasul Dahri
2. Dr. Asri bin Zainal Abidin (MAZA)
3. Fadlan bin Othman
4. Idris Sulaiman bin Yasin
5. Fathul Bari
6. Emran Ahmad
7. Fikri Alam Ghiri atau Mohd Fikri Che Hussin
8. Hafiz Firdaus
9. Mohd Yaakob bin Yunus
10. Dr Abu Anas Madani/ Dr Abdul Basit Abd Rahman
11. Maulana Asri Yusof
12. Halim Hassan
13. Khairil Anuar
14. Khairul Ikhwan @ Abu Mustaqim @ Ustaz Budak Besar
15. Hussein Yee
16. Isa Deraman
Senarai Penceramah Yang Tidak Mempunyai Tauliah Mengajar / Berceramah Di Negeri Selangor:
17. Dr. Muhammad Rozaimi bin Ramle (RORA)
18. Muhammad Asrie bin Sobri
19. Ust Mashadi Masyuti
Rujukan: Majlis Agama Islam Negeri Johor & Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
🚫Say No to Wahhabi🚫

No photo description available.