Sunday, 14 June 2020

Kesemua Ulama Muktabar termasuk lah Imam-Imam 4Mazhab, Imam-Imam Akidah, Imam-Imam Tasawwuf bertaklik bahawa Allah s.w.t wujud tanpa bertempat,

UCAPAN SAYIDINA ALI BERKENAAN AQIDAH
SOALAN :
Saya ada terbaca satu tulisan yang mengatakan saidina Ali beriktikad Allah itu bertempat sedangkan iktikad ahli sunnah wa jamaah mengatakan Allah wujud tanpa bertempat.
Mohon penjelasan dari ustaz saya musykil.
JAWAPAN :
Untuk mengetahui apa sebenarnya ucapan Sayyidina Ali r.a. berkenaan perkara ini berikut ni saya sertakan beberapa petikan ucapannya :
قال مصباح التوحيد ومصباح التفريد الصحابي الجليل والخليفة الراشد سيدنا علي "كان الله ولا مكان، وهو الان على ما- عليه- كان" اهـ. أي بلا مكان. رواه أبو منصور البغدادي في كتابه الفرق بين الفرق " ص / 333 "
Artinya : “Telah berkata sahabat yang besar dan khalifah yang rasyidin Sayyiduna Ali r.a. : Adalah Allah itu tiada bertempat dan Allah itu sekarang atas apa yang ada Ia. Artinya tanpa tempat.” (Riwayat Abu Mansur Al-Bahhdadi pada kitab Al-Farqu baina Al-Farqi m.s. 333)
"إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته" اهـ. رواه أبو منصور البغدادي في كتابه الفرق بين الفرق " ص / 333 "
artinya : “Sunggguhnya Allah Taala menjadikan Arasy sebagai menzahirkan bagi kuasa-Nya bukan sebagai tempat bagi zat-Nya.” (Riwayat Abu Mansur Al-Bahhdadi pada kitab Al-Farqu baina Al-Farqi m.s. 333)
"من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود" اهـ. المحدود: ما له حجم صغيرا كان أو كبيرا رواه أبو نعيم في حلية الأولياء ترجمة علي بن أبي طالب "73/1
Artinya : “Siapa menyangka sungguhnya Tuhan kita ada mahdud maka sungguhnya jahil dia akan Tuhan yang disembah.” Arti mahdud ialah benda yang ada baginya saiz kecil atau besar. (Riwayat Abu Nua’im pada kitab Hilyatul Aulia’ juz 1 m.s. 73)
"سيرجع قوم من هذه الأمة عند إقتراب الساعة كفارا يُنكرون خالقهم فيصفونه بالجسم والأعضاء" اهـ. رواه إبن المعلّم القرشي في كتابه نجم المهتدي ورجم المعتدي "ص 588
Artinya : “Nanti akan ada satu puak dari umat ini dekat dengan kiamat yang kafir. Mereka ingkarkan Tuhan mereka dimana mereka mensifatkan Tuhan dengan bertubuh dan beranggota.” (Riwayat Ibnu Al-Mu’allim Al-Qurasyi pada kitab Najmu Al-Muhtadi wa Rajmu Al-Mu’tadi m.s. 588)
Semoga petikan ucapan Sayidina Ali r.a. sudah cukup utk menyelesaikan kemusykilan tuan.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus




Auzubillahhiminassyaitanirajem,
Bismillahirahmanirrahim.
Ulama Nusantara
Al-Syeikh Daud Ibn Abdullah Al-Fathani (wafat 1265H/ 1297H) berkata didalam kitabnya Al-Jawahir al-Saniyyah :
"Dan barangsiapa menisbahkan zat Allah s.w.t pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah s.w.t itu terhingga diatas langit atau pada bumi"
SAHABAT
Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid Sayyidina' Ali Ibn Abi Talib r.a (W. 40H) berkata :
Maksudnya :
"Allah s.w.t wujud pada azali(iaitu tidak ada permulaan pad kewujudan Nya) sedangkan pada ketika itu suatu tempat pun tidak ada dan Dia sekarang dengan keadaan yang Dia telah ada(wujud pada azali iaitu tanpa bertempat)"
MAZHAB HANAFI
Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu'man Ibn Thabit r.a (W. 150H) berkata didalam kitabnya Al-Fiqh al-Asbat :
Maksudnya:
"Allah s.w.t itu wujud tanpa bertempat swvelum Dia menciptakan makhluk, Maka, Allah s.w.t wujud tanpa dimana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun(bersamaNya), Dialah yang
meciptakan segalanya"
MAZHAB MALIKI
Al-Qadi Abu Bakr al-Baqilani al-Maliki r.a (W. 403H) berkata didalam kitabnya al-Insaf ketika membicarakan tentang perkara yang wajib
di ikh'tikadkan dan tidak boleh jahil tentang nya:
Maksudnya :
"Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi Nya, kerana Allah s.w.t telah wujud(sejak azali) tanpa bertempat, Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dari apa yang telah Dia ada (kewujudNya tetap tidak bertempat) "
--------------------------------------
Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi, al-Firaq, Dar al-Ma'rifah, Beirut, h. 333.
Al-Imam Abu Hanifah, al-Fiqh al-Absat, h. 25.
Al-Baqillani, al-Insaf fi Ma Yajib I'tiqaduhu, Alam al-Kutub, Beirut, h. 65.
MAZHAB SYAFIE
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-syafi'e r.a (W. 203H) telah berkata:
Maksudnya :
" Sesungguhnya Dia wujud(sejak azali) tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap diatas sifat keazalian Nya sebagaimana Dia wujud (sejak azali) sebelum Dia mencipta tempat, Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atas Nya pada zat Nya dan tidak juga berlaku penukaran sifat Nya"
MAZHAB HANBALI
Abd Al-Wafa Ali Ibn Aqil al-Baghdadi seorang Syeikh al-Hanabilah pada zamannya (W. 513H) seperti dinaqalkan daripadanya menerusi kitab al-Bazl al-Ashab
Maksudnya :
"Allah s.w.t suci dari mempunyai sifat mendiami tempat, ini adalah diri pentajsiman"
------------------------------------
Muhammad Murtada al-Zabidi, Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, j. 2,h.23.
Ibn al-Jawzi, al-Bazl al-Ashab al-Munqid, ala Mukhalif al-Madhhab-lihat hadis ke 11-,Dar al-Jinan, Beirut, h. 86.
P/s : Kesemua Ulama Muktabar termasuk lah Imam-Imam 4Mazhab, Imam-Imam Akidah, Imam-Imam Tasawwuf bertaklik bahawa Allah s.w.t wujud tanpa bertempat, jadi kenapa Fakta-Fakta itu disembunyikan? Secara dasar nya Ijmakulama telah sepakat bab Akidatul Iman ini.
Wasallallahhu ala Sayyidina Muhammadin, Nabiyyil Ummiyyi wasabihi wassalam, Walhamdulillah hirabbil a’l-amiin.


Ulama Nusantara
Al-Syeikh Daud Ibn Abdullah Al-Fathani berkata dalam kitabnya al-Durrur al-Thamin
"Maka wajib atas mukallaf menafikan daripada Allah Tuhan sekalian alam daripada serupai akan Dia dengan segala yang baharu seperti jirim, dan 'arad dan yang melazimkan bagi jirim dan' arad (dan) lazim bagi jirim itu empat perkara iaitu baharu dan bersusun dan mengambil lapang (ruang atau tempat) dan qabul bagi 'arad seperti maqadir (ukuran dan sukatan) dan jihah (arah) dan zaman dan hampir dan jauh dan kecil dan besar dan bersentuh dan bergerak dan diam... "
Ijma' Ulama
Antara ulama yang menukilkan ijma Ahl al-Sunnah diatas aqidah yang mensucikan Allah s.w.t dari tempat ialah al-Imam Abu al-Mansur Abd al-Qahir Ibn Tahir al-Baghdadi (W. 429H) dalam kitabnya al-Farq bayn al-Firaq
Maksudnya :
"Dan mereka(iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah) berijma' (bersepakat) bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui ke atas Nya oleh suatu masa"
Al-Syeikh al-Imam al-Haramayn Abu al-Ma'ali 'Abd al-Malik Ibn Abdullah al-Juwayni al-Syafi' i al-Asy'ari (W. 478H) menjelas kan ijma tersebut dalam kitabnya al-Irshad :
Maksudnya :
"Dan mazhab Ahl al-Haqq bersepakat bahawa Allah s.w.t disucikan dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah"
-----------------------------------------
Al-Syeikh Daud Al-Fathani, al-Durrur al-Thamin.
Al-Imam Abu al-Mansur Abd al-Qahir Ibn Tahir al-Baghdadi, Al-Farq bayn al-Firaq, Beirut: Dar al-Ma'rifah, h. 333.
Al-Juwayni, al-Irshad ila Qawati'il-Adillah fi Usul al-I'tiqad, Beirut: Mu'assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, h. 58.

No comments:

Post a Comment