Sunday, 9 February 2020

DIALOG-DIALOG ULAMA' ASWJ VS SALAFI WAHABI part 2 ( bab istiwa' )

DIALOG 1

Wahabi : aku ada pada suatu tempat...kalau kamu berkata Allah ada tanpa tempat, bererti kamu berpendapat Allah tidak ada .

ASWJ : Bukan kah Allah telah ada tanpa tempat sebelum tempat diciptakan ?

Wahabi : Betul, Allah telah ada tanpa tempat sebelum terciptanya tempat.

ASWJ : Kalau wujudnya Allah tanpa bertempat sebelum terciptanya tempat itu rasional , bererti rasional pula dikatakan, Allah ada tanpa tempat setelah terciptanya tempat.  Mengatakan Allah ada tanpa tempat , tidak bererti menafikan  wujudnya Allah.

DIALOG 2

Wahabi : Allah di atas arasy berdasarkan ayat quran ayat 5 surah Toha.

ASWJ : Bagaimana dengan firman Allah , "  Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada " ( al hadiid : 4)  dan " tiada perbicaraan rahsia antara 3 orang melainkan Dia-lah yg ke-4 " ( al-mujadalah :7 ) ,kedua ayat ini menunjukkan bahawa Allah tidak ada di langit.
Mengapa anda menganggap ayat-ayat yang anda sebut tadi lebih utama diyakini daripada dua ayat yang menunjukkan Allah tidak berada di langit ?

Wahabi : Imam Ahmad mengatakan demikian.

ASWJ : Mengapa kalian taqlid  kepada imam Ahmad dan tidak mengikut dalil ?

Wahabi : Ayat yang saudara sebutkan itu perlu ditaqwil manakala ayat istiwa itu tidak boleh ditaqwil

ASWJ : Siapa yang mewajibkan mentaqwil ayat-ayat yang saya sebutkan dan melarang mentaqwil ayat yang kalian sebutkan tadi ?

Wahabi : ............( terdiam )

*nota : andai wahabi claim ada ijma' ulama' mengharuskan mentaqwil ayat-ayat yg saya sebutkan tadi, tentu akan saya beritahu beberapa ulama' seperti al Hafizh Ibn Hajar tentang ijma' ulama' salaf untuk tidak mentaqwil semua ayat-ayat sifat dalam quran , bahkan wajib mengikut pendekatan tafwidh ( menyerahkan pengertian makna sebenar nya kepada Allah )


DIALOG 3

Wahabi : Allah di atas arasy berdasarkan ayat quran ayat 5 surah Toha.

ASWJ : Ayat-ayat yang anda sebutkan itu tidak secara tegas menunjukkan Allah ada di langit.                          Kerana
              kosa kata istiwa ,menurut para ulama' memiliki 15 makna.
              Dalam ayat quran lain , Allah berfirman "  Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu                      berada " ( al hadiid : 4) , ayat ini menegaskan Allah bersama kita di bumi , bukan ada di   langit. Dalam ayat lain , "Dan Ibrahim berkata , "Sesungguhnya aku pergi menuju 
                  Tuhanku  ( di palestine ), yang akan memberiku petunjuk " - al -shoffaat : 99). Dalam                         ayat ini ,
               Nabi  Ibrahim berkata akan pergi menuju Tuhannya, padahal nabi ibrahim menuju ke   Palestine.
              Kalau difaham secara literal/zahir makna ayat, ayat ini menunjukkan Allah bukan ada di                      langit , tapi di Palestin. "

Setelah saya berkata demikian, ustaz wahabi tidak dapat menjawab akan tetapi mengajukan dalil lain dan berkata

Wahabi : keyakinan bahawa Allah berada di langit telah dijelaskan dalam hadis jariah.

ASWJ : Ada 3 aspek dalam hadis ini, pertama naqd al-hadits , hadis yg anda sebutkan ini tergolong dalam hadis mudhtarib ( hadis yg bersimpang siur periwayatnya), sehingga kedudukan nya menjadi lemah dan tidak dapat dijadikan hujjah lebih-lebih lagi hal akidah.
 Simpangsiur periwayatan hadis ini dapat dilihat dari perbezaan setiap perawi  dalam meriwayatkan hadis tersebut. Ada yg meriwayatkan nabi tidak bertanya di mana Allah,  akan tetapi nabi bertanya , adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah .
Kedua dari segi makna, para ulama' seperti imam nawawi mentaqwil hadis ini dengan mengatakan yg dimaksudkan oleh nabi bukan tempat, tetapi kedudukan atau darjat Allah.
ketiga, ada hadis lain yg lebih kuat dan menegaskan Allah bukan berada di langit , bahkan ada di bumi.
Dalam sahih bukhori, " Anas bin malik berkata , " bahawa nabi melihat kahak di arah kiblat, lalu baginda menggosoknya dengan tangan baginda, dan beliau kelihatan tidak menyukai hal itu. Sabda baginda , " Sesungguhnya apabila salah seorang dari kalian berdiri dalam solat, maka sesungguhnya ia berbicara dengan Tuhannya, dan Tuhannya ada di antara dirinya dan kiblatnya. Oleh kerana itu, janganlah ia meludah ke arah kiblat , akan tetapi ludahlah ke arah kiri atau di bawah tapak kakinya." ( HR BUKHARI 405 )
hadis ni menegaskan Allah bukan berada di langit, , bahkan ada di depan orang yg sedang solat. Hadis ini jelas lebih kuat dari hadis riwayat muslim kerana hadis ini riwayat al-bukhari.

Wahabi : ...... ( terkelu dan terdiam )....Keyakinan bahawa Allah di langit itu ijma' ulama' salaf.

ASWJ : Tadi anda menggunakan dalil ayat Quran lalu dipatahkan hujah itu, kemudian anda menggunakan dalil hadis juga saya patahkan,  Anda sekarang berdalil dengan ijma' . Padahal ijma' ulama' salaf sejak generasi sahabat meyakini Allah tidak bertempat.
Imam Abu Mansur al-Baghdadi , berkata dalam al-Farq bayna al-firaq ,256, " kaum muslimin sejak generasi salaf ( para sahabat dan tabi'in ) telah sepakat bahawa Allah tidak bertempat dan tidak dilalui oleh waktu. 
Imam Abu Ja'far al-Thahawi dalam Al-Akidah al-Thahawiyah , " Allah tidak dibatasi oleh arah yang enam ) "
Menurut anda, tempat itu makhluk atau bukan makhluk ?

Wahabi : Makhluk...

ASWJ : Kalau tempat itu makhluk, lalu sebelum terciptanya tempat , Allah ada di mana ?

Wahabi : Pertanyaan itu tidak boleh , dan termasuk pertanyaan bida'ah .

ASWJ : Pertanyaan Allah ada di mana sebelum terciptanya alam telah ditanya oleh sahabat kepada Nabi dan nabi tidak berkata kepada mereka bahawa pertanyaan tersebut bidaah atau tidak boleh .
Dalam sahih bukhari, " Imran bin Husshain, berkata. " Aku ada bersama nabi, tiba-tiba datang sekelompok dari penduduk Yaman dan berkata ," Kami datang untuk belajar agama dan menyanyakan tentang permulaan yang ada ini, bagaimana sesungguhnya? " Rasulullah menjawab ," Allah telah ada dan tidak ada sesuatu apa pun selain Allah " ( HR al-BUKHARI 3191)
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak bertempat. Allah ada sebelum adanya makhluk termasuk tempat.
Imam al-Tirmidzi , meriwayatkan dengan sanad yg hassan dalam al-Sunan, " Abi Razin berkata, " Aku berkata, wahai Rasulullah , di mana kah Tuhan kita sebelum menciptakan makhlukNya ?. Rasulullah menjawab, "Allah ada tanpa  sesuatu apa pun yang menyertaiNya . Di atas Nya tidak ada sesuatu dan dibawahNya tidak ada sesuatu. Lalu Allah menciptakan arasy di atas air.  ( SUNAN AL TIRMIDZI 3109 )
Keyakinan Allah ada tanpa bertempat adalah keyakinan kaum muslimin sejak generasi salaf .
Sayyidina Ali bin abi talib , berkata, "Allah ada sebelum adanya tempat. Dan keberadaan Allah sekarang, sama seperti sebelum adanya tempat  ( AL FARQ BAYNA AL FIRAQ , 256 )



No comments:

Post a Comment