(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Al-Imam As-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala sedekah itu ada 5 tingkatan:
" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :
1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani.
2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.
4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000) yaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqih.
[Kitab Bughyatul Musytarsyidin].
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=286363882388805&set=a.100743780950817&type=3&eid=ARCPn6zjXvWAFTvAcMPaq69pZCuVcuAWxTNkYWbYiFkqaeDpdrDR8M5G4i0Fg716P8Ljnu9xPtWNquox


Inilah golongan yang sering di anggap sebagai muktazilah, bekerjasama dengan Syiah dan Yahudi, pengamal ilmu kalam Yunani, ahli falsafah sesat, bahkan dikatakan sebagai pengamal sifat 20 bidaah sesat, menafikan ayat-ayat al-Quran, berpaling dari salaf dan sebagainya. Name it... Macam-macam fitnah.
Tapi pegangan Asya'irah dan Maturidiah inilah yang menjadi pegangan majoriti para ulama sejak zaman imam Abul Hasan al-Asy'ariy dan Imam Abu Mansur al-Maturidi sehingga kini dan dipegang oleh majoriti umat Islam kerana imam Asy'ari dan imam Maturidi tidak membawa pegangan akidah yang baru, sebaliknya menyusun ajaran akidah para Nabi dan para sahabat serta salafussoleh yang bersih.
Sama seperti fekah, rujukan dalam fiqh adalah menerusi kitab-kitab fekah. Manakala aqidah dirujuk dalam kitab aqidah. Berapa ramai daripada kalangan ahli fiqh daripada mazhab Syafi'e, Hanafi, Maliki dan Hanbali yg berpegang kepada ajaran Asya'irah wal Maturidiah.
Mereka bangkit menentang ajaran2 bid'ah dalam aqidah seperti syiah, hasyawiyah (musyabbihah), karamiyyah (mujassimah), qadariyah, jabariyah, muktazilah dan sebagainya. Ajaran2 bidaah dalam aqidah ini semuanya menggunakan al-Quran sebagai hujah tapi dengan pemahaman yang salah, sebab itu gabungan dalil-dalil naqli dan aqli digabungkan untuk membantah ajaran-ajaran bid'ah dalam akidah bahkan menentang ajaran-ajaran musyrik.
Sekarang ini berapa ramai yg berani mencela pengikut2 Asy'ari dan Maturidi akibat taqlid buta kepada tok syeikh sendiri? Kamu mencela golongan yang diiktiraf oleh Allah dan RasulNya?.

ALLAH BUKAN DI LANGIT (BAHAGIAN 1)
Salah satu keyakinan Islam yang wajib diyakini adalah bahawa Allah Ta’ala itu tidak berada di suatu tempat, tidak di langit dan tidak di bumi.
Keyakinan keberadaan Allah di langit ini merupakan sebuah keyakinan sesat dan menyesatkan. Keyakinan Allah bertempat di langit bermula dari keyakinan kelompok yang sering disebut sebagai kelompok mujassimah (kelompok yang menyatakan tuhan bersifat dengan sifat benda. Pada zaman sekarang mereka sering menamakan dirinya sebagai kaum Salafi).
Berikut ini keterangan para ulama besar Ahlussunnah wal Jama’ah yang menjelaskan bahawa Allah tidak bertempat di langit, yakni sebagai berikut:
1. Abd al-Qahir al-Bagdadi (w. 429 H) dalam kitabnya al-Farq baina al-Firaq mengatakan:
واجمعوا على انه لا تحويه السماء ولا يجري عليه الزمان
“Telah terjadi ijmak ulama bahawa Allah Ta’ala itu tidak diliputi oleh langit dan tidak berlaku zaman atas-Nya.”
Masih dalam kitab dan halaman yang sama untuk menguatkan pernyataan beliau di atas, al-Baghdadi mengutip perkataan Sayyidina Ali r.a. seperti berikut:
إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan arasy untuk menampakkan kekuasaan-Nya, bukan untuk tempat zat-Nya.”
dan perkataan Sayyidina Ali r.a yang lain:
قد كان ولا مكان، وهو الان على ما كان
“Adalah Allah, tiada tempat bagi-Nya, dan Dia sekarang sebagaimana sebelumnya”[1]
2. Ibnu al-Jauzi (w. 597 H), salah seorang ulama hadits bermazhab Hanbali menyebut dalam kitabnya, Daf’u Syubah al-Tasybih bi Akaffi al-Tanzih seperti berikut:
قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا تحويه السماء والارض ولا تضمه الاقطار ، وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها .
“Telah tetap di kalangan para ulama bahawa Allah Yang Maha Tinggi tidak diliputi oleh langit dan bumi dan tidak pula dihimpun oleh penjuru. Akan tetapi ditunjuk kearah langit sebagai pengagungan Zat Maha Pencipta.”[2]
3. Mulla Ali al-Qarii (w. 1014 H), seorang ulama hadits terkenal dalam kitabnya Syarh Fiqh al-Akbar karya Abu Hanifah, mengatakan bahawa Syeikh al-Imam Ibnu Abdussalam dalam kitabnya Hall al-Rumuz mengatakan:
قال الامام ابو حنيفة رضي الله عنه : من قال لا اعرف الله تعالى في السماء هو ام في الارض فقد كفر لان هذا القول يوهم ان للحق مكانا ومن توهم ان للحق مكانا فهو مشبه
“Imam Abu Hanifah mengatakan, Barangsiapa yang mengatakan saya tidak tahu apakah Allah berada di langit ataukah berada di bumi maka dia telah kafir, kerana perkataan ini memberikan persangkaan bahawa Allah bertempat, dan barang siapa yang menyangka bahawa Allah bertempat maka ia adalah musyabbih (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.”
Seterusnya Mulla Ali al-Qarii mengatakan, tidak diragukan bahawa Ibnu Abdussalam adalah seorang ulama besar dan sangat dipercayai, maka wajib berpegang pada kutipannya.[3]
4. Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852 H), seorang ahli hadits terkenal bermazhab Syafi’i mengatakan dalam kitabnya, Fathul Barri seperti berikut:
فإن إدراك العقول لاسرار الربوبية قاصر فلا يتوجه على حكمه لم ولا كيف ؟ كما لا يتوجه عليه في وجوده أين.
“Sesungguhnya jangkauan akal terhadap rahsia-rahsia ketuhanan itu terlampau pendek untuk menggapainya, maka tidak boleh dialamatkan untuk menetapkan-Nya, mengapa dan bagaimana begini? Sebagaimana tidak boleh juga mengalamatkan kepada keberadaan Zat-Nya, di mana?.”[4]
Keyakinan adanya Allah di langit bertentangan dengan penjelasan al-Asqalani di atas yang mengatakan bahawa wujud Allah tidak dapat diisyaratkan dengan kata-kata: “di mana?”. Kerana langit merupakan tempat yang dapat menjadi jawapan pertanyaan “di mana”.
5. Al-Zabidi telah menukil perkataan Imam Syafi’i dalam kitabnya, Ittihaf al-Saadah al- Muttaqin bi Syarh Ihya ‘Ulumuddin seperti berikut:
إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته.
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah ada sedangkan tempat belum ada. Lalu Dia menciptakan tempat. Dia tetap atas sifat-Nya sejak azali sebagaimana sebelum Dia menciptakan tempat. Mustahil atas-Nya perubahan dalam Zat-Nya dan pergantian pada sifat-Nya.” [5]
6. Imam Ghazali (w. 505 H) menegaskan dalam kitab beliau yang terkenal, iaitu Ihya ‘Ulumuddin seperti berikut:
ولا يحل فيه شئ تعالى عن ان يحويه مكان كما تقدس عن ان يحده زمان بل كان قبل ان خلق الزمان والمكان وهو الان على ما عليه كان
“Tidak menempati pada-Nya sesuatu pun, Maha Suci Allah dari meliputi oleh tempat sebagaimana Maha Suci Dia dari pembatasan oleh zaman, tetapi Dia telah ada sebelum diciptakan zaman dan tempat, Dia sekarang sebagaimana ada sebelumnya.”[6]
7. Imam al-Juwaini (w. 478 H), guru dari Imam al-Ghazali mengatakan dalam kitab al-Isyad seperti berikut:
ومذهب اهل الحق قاطبة ان الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيز والتخصيص بالجهات
“Mazhab ahlul haq dari ulama quthub sesungguhnya Allah SWT Maha Suci dari mengambil tempat dan dari dibatasi dengan arah.”[7]
8. Dalam Matan al-Aqidah al-Thahawiyah, Imam al-Thahawi al-Hanafi dalam menjelaskan akidah Ahlussunnah wal Jama’ah berdasarkan akidah Abu Hanifah, Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim al-Anshary dan Abu Abdullah Muhammad bin Hasan al-Syaibani, beliau mengatakan:
لا تحويه الجهات الست
“Allah itu tidak diliputi oleh jihat (arah) yang enam.”[8]
Mengatakan Allah bertempat di langit bererti mengi’tiqadkan Allah berada pada salah satu arah yang enam, iaitu arah atas. Dengan demikian, i’tiqad Allah bertempat di langit bertentangan dengan keterangan yang telah dijelaskan oleh Imam al-Juwaini dan al-Thahawi di atas.
9. Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh dalam keputusan fatwanya No. 09 Tahun 2014, Tanggal 25 Jun 2014 memutuskan antara lain:
a. Mengimani bahawa zat Allah hanya di atas langit/arasy adalah sesat dan menyesatkan.
b. Mengimani bahawa zat Allah terikat dengan waktu, tempat dan arah (berjihat) adalah sesat dan menyesatkan.
Dalil-dalil yang menegaskan keyakinan bahawa Allah tidak bertempat di langit
1. Firman Allah Ta’ala berbunyi:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Ertinya: Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat. (Q.S. al-Syuraa: 11)
Ayat ini adalah ayat yang paling jelas dalam al-Qur’an yang menjelaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya.
Seandainya Allah mempunyai tempat seperti langit dan arah, maka akan serupa dengan-Nya. Kerana dengan demikian, bererti ia memiliki dimensi (panjang, lebar dan tinggi), sedangkan panjang, lebar dan tinggi merupakan sifat yang khusus terdapat pada benda yang baharu.
2. Ijmak para ulama bahawa tidak ada yang azali dan qadim selain Allah ini sesuai dengan firman Allah Q.S al-Hadid: 3, berbunyi:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ
Ertinya: Dia (Allah) yang awal dan yang akhir (Q.S al-Hadid: 3)
Dalam ayat lain Allah berfirman, yakni Q.S. al-An’am: 101, berbunyi:
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Ertinya: Dia (Allah) menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Q.S. al-An’am: 101)
Allah Ta’ala dengan jelas menerangkan melalui firman-Nya ini bahawa semua yang ada merupakan ciptaan-Nya, jadi tidak ada sesuatu pun selain-Nya yang bukan ciptaan Allah.
Sesuatu disebut sebagai ciptaan tentu merupakan sesuatu yang ada sesudah tidak ada. Dengan demikian, tidak ada yang qadim dan azali selain Allah.
Hadits Nabi SAW di bawah ini juga mendukung keyakinan bahawa tidak ada yang qadim selain Allah, yakni sabda Nabi SAW yang berbunyi:
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Ertinya : Ada Allah tidak ada sesuatupun selain-Nya (H.R. Bukhari) [9]
Berdasarkan firman Allah dan hadits di atas, maka bererti Allah ada sebelum terciptanya tempat (langit) dan arah, maka Ia tidak memerlukan kepada keduanya dan Ia tidak berubah dari asal, yakni tetap ada tanpa tempat dan arah, kerana berubah adalah ciri dari sesuatu yang baharu (makhluk).
Seandainya Allah berada pada suatu tempat (langit), maka Allah tentu menyerupai makhluk, yakni berpindah dari azal kepada langit yang datang kemudian (yang diciptakannya).
3. Firman Allah Ta’ala berbunyi:
قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلْ لِلَّهِ
Ertinya: Katakanlah: "Milik siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Milik Allah." (Q.S. al-An’am: 12)
Berdasarkan ayat ini, maka semua yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah Ta’ala. Oleh itu, apabila kita mengatakan Allah bertempat di langit, maka Allah itu menjadi milik Allah juga. Tentu ini mustahil terjadi, kerana Allah tidak mungkin memiliki diri-Nya sendiri.
4. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda dalam doanya:
اللهم أنت الاول فليس قبلك شئ وأنت الآخر فليس بعدك شئ وأنت الظاهر فليس فوقك شئ وأنت الباطن فليس دونك شئ اقض عنا الدين واغننا من الفقر
Ertinya: Ya Allah, Engkaulah Zat Yang Maha Awal, maka tiada sesuatupun sebelum-Mu. Engkaulah Zat Yang Maha Akhir, maka tiada sesuatupun setelah-Mu. Engkaulah Zat Yang Maha Zahir maka tiada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah Zat yang Maha Batin maka tiada sesuatu di bawah-Mu. Ya Allah selesaikanlah hutangku dan kayakan aku dari kefakiran. (H.R. Muslim)[10]
Dalam kitab al-Asmaa wa al-Shifat, al-Baihaqi menyebutkan bahawa sebahagian ulama telah menjadikan hadits ini sebagai dalil bahawa Allah Ta’ala tidak bertempat. Penjelasannya, apabila di atas Allah tidak ada sesuatu pun dan di bawah-Nya juga tidak ada sesuatu, maka Allah tidak berada di tempat manapun.[11]
5. Hadits riwayat Abu Ya’la dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أذن لي أن أحدث عن ملك قد مرقت رجلاه في الارض السابعة والعرش على منكبه وهو يقول سبحانك أين كنت وأين تكون
Ertinya: Aku telah diizinkan untuk menyampaikan berita bahawa ada seorang malaikat yang kedua kakinya terperosok dalam bumi lapis ketujuh sedang Arasy berada di pundaknya, ia berkata, “Maha Suci Allah (dari) di mana Engkau? Di mana Engkau nanti?(H.R. Abu Ya’la)[12]
Al-Haitsami mengatakan, rijalnya rijal sahih.
[13] Berdasarkan hadits ini, malaikat bertasbih dengan mengucapkan Maha Suci Allah dari pertanyaan di mana Allah? Seandainya Allah bertempat di langit, maka tasbih malaikat yang tersebut dalam hadits di atas tentu tidaklah tepat. Ini menunjukkan bahawa Allah Ta’ala itu tidak bertempat, baik di langit mahupun di mana sahaja.
Catatan:
Hadits-hadits sahih yang kami kemukakan di atas meskipun darjatnya ahad (dhanni wurud), tetapi kandungannya adalah qath’i, mengingat kandungan hadits tersebut bersesuaian dengan maksud firman Allah di atas.
[1] Abd al-Qahir al-Baghdadi, al-Farq baina al-Firaq, Maktabah Ibnu Sina, Kairo, Hal. 287
[2] Ibnu al-Jauzi, Daf’u Syubah al-Tasybih bi Akaffi al-Tanzih, Dar al-Imam al-Rawas, Beirut, Hal. 189
[3] Mulla Ali al-Qarii, Syarah Fiqh al-Akbar, Hal. 137-138
[4] Ibnu Hajar al-Asqalany, Fathul Barri, al-Maktabah al-Salafiyah, Juz. I, Hal. 221
[5] Al-Zabidi, Ittihaf al-Saadah al- Muttaqin, Muassisah li Tarikh al-Araby, Beirut, Juz. II, Hal. 24
[6] Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Thaha Putra, Semarang, Juz. I, Hal. 89
[7] Al-Juwaini, al-Irsyad, Maktabah al-Khaaniji, Mesir, Hal. 39
[8] al-Thahawi, Matan al-Aqidah al-Thahawiyah, al-Maktab al-Islami, Hal. 7
[9] Bukhari, Shahih al-Bukhari, Maktabah Syamilah, Juz. IV, Hal. 129
[10] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Syamilah, Juz. IV, Hal. 2084, No. 2713
[11] Al-Baihaqi, al-Asmaa wa al-Shifat, al-Maktabah al-Azhariyah lil Turatsi, Hal. 373
[12] Abu Ya’la, Musnad Abu Ya’la, Maktabah Syamilah, Juz. XI, Hal. 496, No. 6619
[13] Al-Manawi, Faidh al-Qadir, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 458.




Ulama' terkemuka dari Yaman, Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz telah melakukan lawatan rasmi ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.
Beliau juga telah berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Disamping ulamak dari Yaman, seorang ulamak terkemuka dari Fattani, Sheikh Baba Abdul Aziz, Yg Dipertua Jemaah Ulama Fattani turut berkesempatan mengunjungi MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.
BERZIKIR SELEPAS SOLAT IALAH MENGIKUT MAZHAB SYAFIE
1. Setiap hari, Mohib Khauli tidak gagal menimbulkan perpecahan dan kecelaruan dalam masyarakat. Insyaallah segala kejahatannya ini akan dikumpulkan untuk dikemukakan pada Mufti Terengganu.
2. Kali ini, Mohib Khauli mempersoalkan samada kita yang berzikir jahr selepas solat ini mengikut mazhab Syafie atau tidak. Bahkan dia tidak segan mendakwa kita angkuh ikut mazhab Syafie tapi bab berzikir nyaring selepas solat sedang tidak ikut mazhab Syafie.
3. Kita perlu tahu zikir nyaring lepas solat itu thabit daripada hadis Nabi yang sahih iaitu berkata Ibnu Abbas r.a:
أن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي ﷺ. وقال ابن عباس كنت أعلم اذا انصرفوا بذلك اذا سمعته
“Bahawa menyaringkan suara dengan zikir ketika selesai manusia daripada solat fardhu adalah berlaku pada zaman Nabi shalallahu alaihi wasallam. Berkata Ibnu Abbas adalah kamu mengetahui bila selesai solat dengan demikian itu apabila mendengarnya (zikir)”
(HR Al-Bukhari, no 805, Bab Az-zikr Ba’da As-Solah)
أن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي ﷺ. وقال ابن عباس كنت أعلم اذا انصرفوا بذلك اذا سمعته
“Bahawa menyaringkan suara dengan zikir ketika selesai manusia daripada solat fardhu adalah berlaku pada zaman Nabi shalallahu alaihi wasallam. Berkata Ibnu Abbas adalah kamu mengetahui bila selesai solat dengan demikian itu apabila mendengarnya (zikir)”
(HR Al-Bukhari, no 805, Bab Az-zikr Ba’da As-Solah)
4. Saya yakin Mohib Khauli tahu hadis ini tapi syarahan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani telah diselewengkan, kerana Ibnu Hajar berkata:
قوله: (كان على عهد رسول الله) فيه أن مثل هذا عند البخاري يحكم له بالرفع خلافا لمن شذ ومنع ذلك، وقد وافقه مسلم والجمهور على ذلك، وفيه دليل على جواز الجهر بالذكر عقب الصلاة
“(Adalah berlaku pada zaman Rasulullah) padanya bahawa seumpama ini disisi Imam Bukhari berhukumkan/berdalilkan dengan hadis ini untuk mengangkat (menolak) kekhilafan bagi mereka yang syaz dan menghalang (zikir bersama Imam) itu. Dan sesungguhnya telah sepakat Imam Muslim dan jumhur ulama di atas (masalah zikir jahr bersama Imam) itu. Dan padanya dalil ke atas keharusan menyaringkan zikir selepas solat.” (Fath Al-Bari, juz.2, ms.463)
قوله: (كان على عهد رسول الله) فيه أن مثل هذا عند البخاري يحكم له بالرفع خلافا لمن شذ ومنع ذلك، وقد وافقه مسلم والجمهور على ذلك، وفيه دليل على جواز الجهر بالذكر عقب الصلاة
“(Adalah berlaku pada zaman Rasulullah) padanya bahawa seumpama ini disisi Imam Bukhari berhukumkan/berdalilkan dengan hadis ini untuk mengangkat (menolak) kekhilafan bagi mereka yang syaz dan menghalang (zikir bersama Imam) itu. Dan sesungguhnya telah sepakat Imam Muslim dan jumhur ulama di atas (masalah zikir jahr bersama Imam) itu. Dan padanya dalil ke atas keharusan menyaringkan zikir selepas solat.” (Fath Al-Bari, juz.2, ms.463)
5. Jelas sekali Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani sependapat dengan Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan Jumhur Ulama bahawa harus zikir jahr selepas solat. Inilah yang dipilih oleh ulama Syafiyyah kita untuk diamalkan di Malaysia. Adakah Mohib Khauli sengaja sembunyi syarah ini untuk mengaburi mata orang awam?
6. Demikian juga, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya:
عن ابن عباس قال كنا نعرف انقضاء صلاة رسول الله ﷺ بالتكبير
“Daripada Ibnu Abbas berkata, adalah kami mengetahui selesai solat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam dengan takbir (nyaring selepas solat)”
(HR Muslim, no.583, Bab Az-Zikr Ba’da As-Solah)
عن ابن عباس قال كنا نعرف انقضاء صلاة رسول الله ﷺ بالتكبير
“Daripada Ibnu Abbas berkata, adalah kami mengetahui selesai solat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam dengan takbir (nyaring selepas solat)”
(HR Muslim, no.583, Bab Az-Zikr Ba’da As-Solah)
7. Berkata Imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim:
هذا دليل لما قاله بعض السلف أنه يستحب رفع الصوت بالتكبير والذكر عقب المكتوبه
“Ini merupakan dalil bagi pendapat sebahagian ulama salaf bahawa sunat menyaringkan suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardhu” (Syarah Sahih Muslim, juz.5, ms.63)
هذا دليل لما قاله بعض السلف أنه يستحب رفع الصوت بالتكبير والذكر عقب المكتوبه
“Ini merupakan dalil bagi pendapat sebahagian ulama salaf bahawa sunat menyaringkan suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardhu” (Syarah Sahih Muslim, juz.5, ms.63)
8. Di sini juga Imam Nawawi menyatakan bahawa para ulama salaf menghukumkan mustahab/sunat menyaringkan suara ketika zikir selepas solat. Di mana dakwaan ulama Syafiyyah tidak perlu zikir nyaring selepas solat? Adakah kalam ini juga cuba disembunyikan oleh Mohib?
9. Kesimpulan awal yang kita dapat buat ialah, ada ulama berpendapat sunat menyaringkan suara ketika zikir selepas solat. Ada juga ulama berpandangan harus yakni dibolehkan untuk berbuat demikian. Yang jelas, tidak ada ulama muktabar menghukum sebagai haram atau bidaah dhalalah.
10. Seterusnya berkaitan kenyataan Imam Syafie yang dinuqilkan oleh Imam Nawawi:
حمل الشافعي هذا الحديث على أنهم جهروا به وقتا يسيرا لأجل تعليم صفة الذكر، لا أنهم داوموا على الجهر به، والمختار أن الإمام والمأموم يخفيان الذكر إلا أن احتيج الى التعليم.
“Telah ihtimal Imam Syafie berkenaan hadis ini atas bahawa mereka menyaringkan dengannya (zikir selepas solat) pada waktu yang seketika untuk mengajarkan sifat zikir, tidaklah mereka berterusan atas menyaringkan dengannya. Dan qaul mukhtar bahawa Imam dan Makmum (zikir berjemaah) dalam keadaan perlahan melainkan berhajat kepada mengajarkan kepada jemaah”
حمل الشافعي هذا الحديث على أنهم جهروا به وقتا يسيرا لأجل تعليم صفة الذكر، لا أنهم داوموا على الجهر به، والمختار أن الإمام والمأموم يخفيان الذكر إلا أن احتيج الى التعليم.
“Telah ihtimal Imam Syafie berkenaan hadis ini atas bahawa mereka menyaringkan dengannya (zikir selepas solat) pada waktu yang seketika untuk mengajarkan sifat zikir, tidaklah mereka berterusan atas menyaringkan dengannya. Dan qaul mukhtar bahawa Imam dan Makmum (zikir berjemaah) dalam keadaan perlahan melainkan berhajat kepada mengajarkan kepada jemaah”
11. Kenyataan Imam Asy-Syafie ini telah disebutkan dalam kedua-dua syarah Al-Bukhari dan Muslim oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi. Namun bagaimana para ulama memahaminya? Adakah sama dengan kefahaman Mohib?
12. Pertama kita perlu sedar selain Imam Syafie, ramai ulama berpendapat sunat menyaringkan suara ketika zikir selepas solat seperti yang dilaporkan oleh Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar pada awal syarah.
13. Kedua, kita perlu tahu bahawa Imam Syafie yang telah mengkaji sirr hadis berpendapat bahawa nyaring itu dilakukan untuk mengajarkan zikir kepada orang yang belum hafal. Jika demikian, adakah salah kebiasaan kita sekarang? Sedangkan ramai kanak-kanak dan orang yang baru hadir berjemaah belum menghafal zikir. Maka hukum sunat ini masih terpakai.
14. Ketiga, hukum sunat menyaringkan zikir bagi tujuan mengajar zikir selepas solat kepada jemaah adalah bertujuan agar jemaah mengamalkan berzikir selepas solat, bukan terus balik. Maka, pada masa sekarang zikir nyaring berjemaah selain daripada dapat mengajar orang yang belum hafal, faedah lain pula ialah dapat mengalakkan orang berzikir kerana jika imam tidak berzikir dan hanya diam maka ramai yang tidak berzikir, lalu terus balik seperti yang berlaku di surau masjid Wahhabi.
15. Keempat, Imam Syafie masih berpendapat bahawa perlu zikir berjemaah walaupun perlahan. Tidak seperti sesetengah dakwaan bahawa tiada zikir berjemaah. Oleh itu, dibeberapa pondok dan madrasah, zikir tidak dinyaringkan kerana semua telah hafal dengan baik seperti Masjid Sri Petaling.
16. Inilah perbezaan antara huraian Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Wahhabi yang suka menyelewengkan kalam ulama.
17. Tambahan lagi, ramai ulama Syafiyyah menggalakkan zikir nyaring selepas solat seperti berikut:
i. “Imam Nawawi mengumpulkan antara dua hadis yang mengatakan sunat menggeraskan suara zikir dan hadis yang mengatakan sunat memperlahankan suara zikir tersebut. Sesungguhnya memperlahankan zikir itu lebih afdhal sekiranya ada kekhuatiran akan menjadi riak atau boleh mengganggu orang yang solat atau orang tidur. Dan mengeraskan zikir lebih afdhal (jika) bukan dalam keadaan tadi, kerana melakukan lebih banyak mendatangkan manfaat dan kebaikannya boleh sampai kepada orang yang ingin mendengar, dapat membangun hati orang yang lalai, menumpukan perhatiannya pada zikir, memfokuskan pendengaran mendengarnya dan boleh menghilangkan rasa mengantuk.” (Rujuk Ruh Al-Bayan, j.3, ms.306.)
ii. Imam Suyuthi berkata: “ Sesungguhnya (mengadakan majlis zikir dan menyaringkannya di masjid-masjid, serta mengangkat suara) tidaklah makruh kerana telah warid hadis-hadis yang menghukumkan sunat dinyaringkan dan juga hadis-hadis yang menghukumkan sunat diperlahankan. Perbezaan kedua-dua cara ini dapat diselaraskan dengan merujuk kepada perbezaan keadaan di mana zikir itu berlaku dan siapa pelakunya.” (Rujuk Al-Hawi Li Al-Fatawa, j.2, ms.23-24)
iii. Al-Allamah Al-Faqih Al-Usuli Syeikh Ali Jumuah berkata: “Dan sebaik-baik yang disebut dalam keadaan ini ialah apa yang dikatakan oleh pengarang Maraqi Al-Falah ketika menghimpunkan hadis-hadis dan pendapat-pendapat ulama yang berselisih dalam (menentukan) yang lebih afdhal di antara memperlahan atau menyaring pada zikir dan doa. Di mana beliau berkata: ‘Perkara itu berbeza mengikut individu, keadaan, waktu dan tujuan. Jika ditakuti riak atau mengganggu orang lain, maka perlahan lebih baik. Dan jika boleh hilang yang zikir (kerana lupa atau tersilap) maka menyaringkan suara lebih baik.” (Rujuk Al-Bayan Lima Yaghal Al-Azhan, ms. 245-246)
iv. Ibnu Khuzaimah mengisyaratkan keharusan menyaringkan suara selepas zikir dengan memasukkan hadis Ibnu Abbas dengan menggunakan tajuk (Bab: Menyaringkan suara takbir dan zikir ketika selesai solat)
v. Ibnu Daqiq Al-Eid : “Dalam hadis ini (Ibnu Abbas), terdapat dalil bolehnya menguatkan suara zikir selepas solat dan takbir secara khusus termasuk dalam kategori zikir” (Rujuk Ihkam Al-Ahkam Syarh Umdah Al-Ahkam)
vi. Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali berkata yang intinya bahawa Imam Ahmad menghukum sunat menguatkan suara ketika berzikir selepas solat. (Rujuk Fath Al-Bari Ibnu Rejab, j.5, ms.236)
18. Demikianlah hujjah kita ASWJ dalam mendepani golongan penyeleweng agama seperti Mohib Khauli. Namun sayang, selepas dikemukakan panjang lebar hujjah-hujjah daripada ulama ASWJ, kami dituduh syiah oleh Mohib Khauli. Itulah sikap Wahhabi, bermudah-mudah menfitnah ASWJ sebagai Syiah.
Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za’farani (HAZA)
Hafiz Al-Za’farani (HAZA)
AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK TAHU TUHAN DI MANA???* 🤔
(1) Saya jawab, kurang lebih, begini
👇🏼 👇🏼 👇🏼
(2) Jelas tak betul.
(3) Kedua-duanya tak betul. Yang mengatakan Tuhan berada di mana2 bukan aqidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Itu Aqidah kufur Hululiah.
(4) Wahdatul Wujud yang difahami oleh orang-orang Sufi sebenar (bukan sufi palsu) pula lebih kepada wahdatus syuhud (melihat dan meyakini wujud Allah SWT apabila melihat makhluk - syuhudul wahdah fil kathrah).
(5) Kalau Wahdatul Wujud diertikan dengan makna Tuhan bersatu dengan makhluk jelas bathil kerana Khaaliq yang wujud tanpa ada permulaan didakwa bersatu dengan makhluuq yang asalnya tidak wujud itu bathil.
(6) Keyakinan Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah tempat, langit, bumi, Arasy, syurga, neraka dll adalah makhluuq, yakni wujud setelah diciptakan oleh Allah SWT.
(7) Jadi sebelum Allah SWT ciptakan tempat, memang Allah SWT Wujud. Mengatakan sebelum Allah SWT menciptakan tempat, Allah SWT tidak wujud itu kufur.
(8) Maka Allah SWT wujud bukan pada tempat memang aqidah yang betul. TETAPI sambungan di atas (dalam posting) tu tak betul.
(9) Kenyataan2 yang tidak betul disusuli dengan hakikat aqidah yang sebenar (dalam huruf besar)
1- Kelompok kedua pula percaya Tuhan tidak bertempat.
SEBENARNYA KESEMUA AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH PERCAYA TUHAN WUJUD TIDAK BERTEMPAT.
2- Mereka tidak tahu di mana Tuhan.
SEBENARNYA AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH *TAHU* TUHAN TIDAK DI MANA2.
3- Mereka percaya di dalam alam tiada Tuhan. Di luar alam tiada Tuhan. Di atas arasy tiada Tuhan dan di mahsyar pun tiada Tuhan.
SEBENARNYA AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH TAHU DAN YAKIN TUHAN ADA (WUJUD) BUKAN BERTEMPAT, BUKAN TUHAN BERADA PADA MAKHLUUQ, BAIK ALAM, ARASY ATAU MAHSYAR.
(10) Sumber Aqidah adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh RasuululLaah S.A.W, para sahabat dan ulama-ulama muktabar Ahlis Sunnah wal Jamaah dan BUKAN dari posting Facebook entah siapa2 yang tak ketahuan.
(11) Cari guru ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah dan belajar aqidah, jangan cari posting Facebook untuk belajar aqidah.
Senarai Penceramah Yang Tidak Mempunyai Tauliah Mengajar / Berceramah Di Negeri Selangor dan Negeri Johor:
Senarai Nama Individu Yang Mengelirukan Dalam Bentuk Penyesatan, Pengkafiran Terhadap Umat Islam:
1. Rasul Dahri
2. Dr. Asri bin Zainal Abidin (MAZA)
3. Fadlan bin Othman
4. Idris Sulaiman bin Yasin
5. Fathul Bari
6. Emran Ahmad
7. Fikri Alam Ghiri atau Mohd Fikri Che Hussin
8. Hafiz Firdaus
9. Mohd Yaakob bin Yunus
10. Dr Abu Anas Madani/ Dr Abdul Basit Abd Rahman
11. Maulana Asri Yusof
12. Halim Hassan
13. Khairil Anuar
14. Khairul Ikhwan @ Abu Mustaqim @ Ustaz Budak Besar
15. Hussein Yee
16. Isa Deraman
2. Dr. Asri bin Zainal Abidin (MAZA)
3. Fadlan bin Othman
4. Idris Sulaiman bin Yasin
5. Fathul Bari
6. Emran Ahmad
7. Fikri Alam Ghiri atau Mohd Fikri Che Hussin
8. Hafiz Firdaus
9. Mohd Yaakob bin Yunus
10. Dr Abu Anas Madani/ Dr Abdul Basit Abd Rahman
11. Maulana Asri Yusof
12. Halim Hassan
13. Khairil Anuar
14. Khairul Ikhwan @ Abu Mustaqim @ Ustaz Budak Besar
15. Hussein Yee
16. Isa Deraman
Senarai Penceramah Yang Tidak Mempunyai Tauliah Mengajar / Berceramah Di Negeri Selangor:
17. Dr. Muhammad Rozaimi bin Ramle (RORA)
18. Muhammad Asrie bin Sobri
19. Ust Mashadi Masyuti
18. Muhammad Asrie bin Sobri
19. Ust Mashadi Masyuti
Rujukan: Majlis Agama Islam Negeri Johor & Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
🚫Say No to Wahhabi🚫

No comments:
Post a Comment