SA = ASWJ
SS = WAHABI
Suatu hari hujan di masjidilharam , turun hujan lalu talang di atas kaabah mengalir air hujan dengan deras lalu muslimin menuju saluran itu untuk mengambil air untuk dituangkan ke tubuh dan baju mereka dengan harapan mendapat barakah air itu.
Polis arab saudi berkata , " Hai orang musyrik, jangan lakukan itu, ia perbuatan syirik"
Lalu orang2 hijjaz itu menemui SA ( sayyid alwi ) lalu sayyid alwi membolehkan dan mendorong mereka untuk meneruskannya.
Lalu, polis badwi itu melaporkan pada syeikh ibn sa'di lalu SS itu menemui sayyid alwi .
SS : Wahai Sayyid, benarkah anda membenarkan orang- orang itu dengan mengatakan air hujan dari
talang kaa'bah itu ada berkahnya ?
SA : Benar, bahkan air itu ada 2 berkah. Firman Allah
" dan Kami menurunkan dari langit air yang mengandung berkah " ( 50: 9 )
"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah
Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. ( 3: 96 )
Dengan demikian, air hujan turun dari saluran air di kaabah itu ada 2 berkah iaitu berkah dari langit dan
berkah pada baitullah ini ".
SS: subhanallah, bagaimana kami boleh lalai dari kedua ayat ini.
Lalu, Syaikh Ibn Saidi mengucapkan terima kasih dan meminta izin untuk berundur.
SA : Tunggu dulu syaikh Ibn Saidi, polis badwi itu masih menganggap tindakan itu sebagai
syirik dan mereka tidak akan berhenti menhentikan perbuatan mensyirik dalam masalah
ini sebelum orang seperti anda melarang mereka. Ambillah air di situ di depan polis badwi
itu.
Syaikh Ibn Saidi segera menuju ke talang ka'bah dan dibasahi pakaiannya itu dan diambil air untuk diminum untuk mendapat berkah.
Melihat tindakan Syaikh Ibn Saidi itu, para polis badwi itu akhirnya meninggalkan masjidil haram dengan perasaan malu.
No comments:
Post a Comment